Pages

TANDA GANGGUAN JIN KEPADA MANUSIA




A.TANDA-TANDA DI WAKTU TIDUR.
1. Sukar tidur malam
2. Gelisah dan sering terbangun pada waktu malam
3. Mimpi buruk, iaitu mimpi melihat sesuatu yangmembahayakan lalu ingin berteriak meminta pertolongan tetapi lidahnya seakan-akan kelu.
4. Mimpi melihat berbagai-bagai binatang seperti kucing,anjing, unta, ular, singa, serigala dan tikus
5. Tertawa, menangis atau berteriak pada saat tidur
6. Bunyi gigi geraham beradau pada saat tidur
7. Merintih dan meratap pada saat tidur
8. Berdiri dan berjalan dalam keadaan tidur dan tanpakesedaran
9. Mimpi seolah-olah akan terjatuh dari tempat tinggi
10.Mimpi melihat keranda,berada di kuburan, tempat pembuangan sampah atau dijalan yang mengerikan
11. Mimpi melihat orang aneh seperti terlalu tinggi,terlalu pendek atau terlalu hitam
12. Mimpi melihat hantu


B. TANDA-TANDA DIWAKTU JAGA.
1. Selalu pening yang tidak disebabkan oleh fakto-faktoranggota badan
2. Selalu lalai dari zikir dan mengingati ALLAH
3. Fikiran kacau dan tidak menentu
4. Badan lemah dan tidak bertenaga
5. Saraf terganggu
6. Rasa sakit pada bahagian-bahagian tertentu dalam tubuh yang tidak dapt di kesan oleh Doktor
7. Berlaku rasukkan yang tanpa sedar

Sekiranya anda mengalami seperti diatas bolehlah menghubungi saya:Us.nasa 017-7170534 tel/sms

BEKAM UNTUK LENGUH-LENGUH ATAU KEBAS PADA LENGAN














Bagi pesakit yang merasa sakit atau lenguh pada lengan tangan akan di bekam pada point utama iaitu pelipat dan juga kawasan sekitar lengan untuk rawatan susulan.










BEKAM SUNNAH DI ATAS KENING






Anas bin Malik menceritakan, "Dahulu Rasulullah SAW biasa berbekam pada bahu dan dua pelipis kening baginda." Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melakukan bekam sebanyak 3 kali pada dua pelipis kening dan bahunya. Pada Sunan Ibnu Majah diriwayatkan daripada Ali bahawa Jibril pernah turun menemui Rasulullah SAW untuk mengajarkan bekam pada dua pelipis (kening) dan bahu baginda. Bekam di pelipis kening adalah bertujuan untuk menajamkan penglihatan yang kabur, rabun atau kurang jelas.

RAWATAN STROKE DENGAN BEKAM SUNNAH






STROKE atau juga dikenali sebagai angin ahmar jika meyerang akan menyebabkan mangsanya lemah, lumpuh dan boleh menjadi penyebab kepada kematian. Mangsa stroke mengalami lumpuh dan lemah anggota badan sama ada sebelah badan atau keseluruhannya.

Strok juga adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.
Apabila timbunan plak terbentuk di dalam arteri, ia menghalang pengaliran darah, menyebabkan ketulan-ketulan darah beku terbentuk, lalu mengganggu bekalan darah ke otak. Pemulihan awal adalah teramat penting. Setiap mangsa strok mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin. Lebih cepat terapi pemulihan dimulakan; lebih cepat otak dapat mempelajari semula pergerakan normal. Lebih lama terapi pemulihan ditangguhkan, lebih sukar bagi mangsa strok untuk pulih.

MERAWAT PENYAKIT GOUT DENGAN BEKAM SUNNAH












Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout. Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-

:-Serangan akut (tiba-tiba).
:-Serangan kronik yang berpanjangan.

Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.