
Jam 9.30 mlm tiba diperkarangan rumah pesakit, terasa akan kehadiran makhluk halus dalam rumah tersebut..dimulakan dengan salam dan selawat beserta doa dimulakan langkak kanan kedalam rumah..ramai juga ahli keluarga dalam rumah tersebut dan mereka tidak berani menyentuh pesakit kerana pesakit meracau racau, sewaktu saya mendekati pesakit, tiba2 pesakit bangun melarikan diri ke pintu rumah untuk keluar..sambil meracau untuk keluar..saya menyuruh beberapa org memegang pesakit tersebut..hampir 4 lelaki memegang tetapi kudratnya cukup kuat..dengan pekikan dan meronta ronta untuk dilepaskan apatah lagi suaranya yang garau mengecutkan ahli2 keluarganya..lalu saya mulakan dengan rukyah ringkas dan menegaskan jika engkar berdiam maka saya akan tidak teragak2 untuk menyiksa..
pesakit yg kerasukan mula tunduk dan patuh dengan kata2 saya..sesi dialog dimulakan sambil beberapa org mengawal..saya mengarahkan supaya tidak memegang pesakit kerana sudah dipasak agar tidak melarikan diri..dalam sesi diolag jin tersebut mengatakan ia adalah kafir dan tinggal dikawasan tasik disekitar perumahan Bukit Sentosa.Jin tersebut adalah jantan dan mendiami kawasan tasik tersebut dan seperti tidak mahu lepaskan pesakit tersebut..Jin itu mengatakan hendak membawa wanita yg dirasuknya ke alamnya dan mahu tinggal bersama..Akibat kedegilannya itulah saya mula menyiksanya dengan ayat azab disusuli zikir..sehinggalah jin tersebut lemah dan mula berinteraksi semula bahawa wanita ini telah melalui kawasannya sewaktu senja..sesi diolag berterusan hampir 10minit disusuli dengan dakwah dan akhirnya ia bersetuju untuk keluar dari tubuh pesakit diikuti ikrar walaupun ia tidak mahu memeluk islam dan kembali ke tempat tinggalnya ditasik tersebut..
Pesakit mula sedar seperti sediakala dan saya berikan air yang telah dirukyah serta amalan pelindung diri..Rawatan susulan keesokkannya dirumah saya untuk memastikan tahap kesembuhan...
Pengalaman diatas adalah sebagai iktibar kita sebagai manusia hendahlah tahu batasan waktu termasuk apabila melalui tempat2 tertentu..seperti rumah kosong, tasik. kolam, hutan, kebun, hutan dan sebagainya..kerana ia kebiasaannya tempat tinggal makhluk halus...
No comments:
Post a Comment