Rawatan Pesakit dan Pembersihan Rumah.
Kisah Rawatan ini bermula pada minggu ke 2 Raya Idul Adha..Rawatan dibuat di klang di salah sebuah rumah(dirahsiakan), Kebetulan waktu itu saya cuti beberapa hari..Inilah antara rawatan yang boleh dikatakan gangguan makhluk disebabkan amalan/ilmu salah yang diamalkan..Dipendekkan cerita sewaktu sesi rawatan terhadap pesakit dan pembersihan rumah terdapat getaran yang dirasai seperti ada gangguan dalam rumah tersebut yang menyebabkan makhluk tersebut mengganggu beliau dan mengambil barang berharga beliau secara tiba2 ghaib sebelum ini.
Setelah selesai merawat beliau dan diberi sedikit air rukyah saya menyoal beliau dan setika beliau mengalirkan air mata dan mengaku ada mengambil amalan diwaktu dulu..apa amalannya (dirahsiakan), begitu juga suaminya dulu. Saya mengatakan bahawa terdapat barang (tangkal) ada didalam bilik beliau dan terasa pada almari pakaian beliau..Lalu beliau pun teringat ada menyimpan sesuatu dalam almari tersebut yang sudah lama disimpan..
MasyaAllah sebanyak 3 tangkal yang dijumpai, 1 tangkal beikat kain merah, 1 tangkal berikat kain kuning, 1 tangkal kacip berkepala ayam seperti gunting kecil yang biasa di gantung atas pintu..dimulakan dengan doa saya membuka perlahan lahan dan dipotong tali ikatan kain tersebut..didalamnya rupanya terdapat wafak yang ditulis bercampur aduk dengan ayat quran..Menurut beliau tangkal kuning beliau ambil dengan seorang Bomoh keturunan jawa, yang berwarna merah beliau sudah lupa.begitu juga dengan kacip kepala ayam..Ketiga3 tangkal dan wafak tersebut saya tawarkan kedalam air yang telah dijampi dan menyuruh beliau membuang kesemuanya kedalam sungai kecuali kacip yang masih disimpan setelah ditawar dengan air jampi..
Dikesempatan masa saya gunakan ilmu dakwah dan tarbiyah dimana selama perbuatan tersebut adalah haram disisi ALLAH..Mujurlah beliau sudah bertaubat, disebabkan beliau sudah bertaubat dan selalu ingin solat itulah yang membuatkan makhluk tersebut menjadi panas dan mengganggunya...
Kejadian dan rawatan ini disaksikan oleh ahli keluarga dan cucu2 beliau..dan saya menyarankan agar beliau minum air yang telah dirukyah setiap pagi dan sebelum tidor disusuli dengan niat dan doa serta amalan lain.Mudahan ALLAH mengampunkan dosa2 mereka..APAKAH AMALAN SEWAKTU DULU YANG DIAMBIL OLEH PASANGAN INI..SAYA RAHSIAKAN..mudahan dijadikan iktibar dan tanyalah pada yang arif tentang agama.kerana sejak akhir ini banyak didada akhbar kisah ditipu bomoh syirik yang menyamar ustaz..
WALAHUALAM.mudah2an kita semua mendapat hidayah dan petunjuk dari ALLAH s.w.t.
No comments:
Post a Comment