Pages

Hukum Menggantung/Meletakkan Gambar Bernyawa Di Dalam Rumah




Apa hukumnya kita menggantung gambar bernyawa didalam rumah.





Dari 'Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah SAW kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" Jawab 'Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah SAW: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Riwayat Muslim)

Berkata Imam Manawi : Yang dimaksudkan dengan gambar pada hadis ini ialah suatu yg mempunyai ruh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai ruh seperti pohon-pohon kayu. Dan yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadis ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada penghuni-penghuni rumah.Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam.

Haram bagi orang yang meletakkan gambar atau patung yang bernyawa di rumah-rumah mereka, sama ada separuh gambar atau sempurna gambar tersebut. Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan gambar yang berbentuk pohon, kapal, rumah, ayat Al-Quran, Kata-kata hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya.

Hal di atas beza dengan gambar-gambar fotografik yang dihasilkan oleh kamera dan video. Harus bagi sesiapa yang ingin meletakkan atau menggantungkan gambar fotografik di rumahnya. Jika gambar fotografik tersebut mengandungi unsure-unsur pemujaan, mendedahkan aurat, mengagungkan gambar tersebut dan seumpamannya, maka hukumnya adalah haram dan bersesuaian dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku Seni Dalam Islam :

"Hukum gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng."



Pandangan saya, gambar manusia atau makhluk bernyawa yang dihasilkan oleh seni lukisan, adalah haram sepertimana yang terdapat di dalam hadis di atas. Di haruskan gambar dari hasil seni lukisan bukan gambar manusia dan makhluk bernyawa seperti gambar pemandangan, masjid, rumah, kereta dan seumpamanya. Harus juga bagi gambar yang dihasilkan oleh kamera atau video untuk digantung atau diletakkan di rumah bukan bertujuan penyembahan, mengagungkan, gambar yang tidak mendedahkan aurat, gambar orang kafir dan seumpamanya. Gambar kamera yang dibolehkan adalah bertujuan sebagai kenangan, tanda kekeluargaan dan seumpamanya.

Sumber dari Ustaz Noramin

Renungan khusus kpd Perawat Islam: Hendaklah memastikan sebelum memulakan rawatan patung/hiasan/lukisan yang bernyawa seperti lukisan haiwan,manusia,patung hiasan seperti teddy bear yang dibuat hiasan yakni mempunyai unsur ruh hendaklah dibuang..kerana adalah HARAM.menurut ape yang saya pelajari dengan guru2 agama..kecuali anak patung untuk mainan anak2 itu di bolehkan...kerana ini boleh mengganggu semasa proses rawatan terhadap pesakit.
.

Harian Metro 21.03.2011-Pesakit Buah Pinggang Meningkat..Apakah puncanya?

KUALA LUMPUR: Bilangan pesakit buah pinggang di negara ini semakin meningkat disebabkan pertambahan bilangan penduduk warga emas selain masalah kegemukan, tekanan darah tinggi dan kencing manis.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menganggarkan sebanyak 10 peratus daripada jumlah penduduk di negara ini menghidap pelbagai peringkat penyakit membabitkan buah pinggang.
Menurutnya, mengikut data daripada Daftar Ginjal Kebangsaan, pertambahan pesakit yang menjalani rawatan dialisis baru juga meningkat iaitu dari 79 orang bagi sejuta penduduk pada tahun 2000 kepada 146 orang bagi jumlah sama pada 2009.

Oleh itu bagi penderita penyakit kencing manis,darah tinggi amalan berbekam sebulan sekali amatlah bagus bagi mereka kerana kandungan gula dalam saluran darah agak berkurangan sejurus selesai proses berbekam.Bagi orang yang sihat pula,selagi mereka konisisten berbekam sebulan sekali,maka ia akan dhindari dari terkena penyakit kencing manis diusia tua nanti,insyaAllah...kerana berbekam adalah suatu kaedah penyembuhan sunnah nabi.

Hubungi: Muallij nasa 017-7170534 sms/tel
Pembekam &tukang urut wanita : Pn ida 012-2354825