Pages

Perkongsian Kebaikan Bekam Sunnah

Masa Rawatan: Selepas Solat Magrib (Selepas pulang dari surau) Tempat: Di rumah Alhamdulillah serba sedikit saya ingin berkongsi dengan rawatan bekam yang saya lakukan pd 27/3/2011. Seorang pesakit telah datang kerumah berjumpa untuk mendapatkan rawatan pada waktu petang.kebetulan waktu itu saya ada dirumah, pesakit memberitahu kepalanya kerap sakit dan tidak tertahan.menurutnya sakitnya dah lama dan mengambil panadol sebagai penahan sakit. Saya bertanya dah jumpa ker doktor?katanya bila jumpa doktor diberi ubat..tapi sakitnya datang semula. Ini membuatkan beliau kadangkala tidak dapat menumpukan perhatian pada kerja dan apabila dirumah, sewaktu hendak berehat kepalanya berdenyut sehingga hendak solat, tidur pun terganggu akibat kesan sakit. Oleh itu ana syorkan datang selepas solat maghrib.selepas saya pulang dari surau pesakit sudah menunggu saya. Rawatan dimulakan.biasanya Saya mulakan dengan rukyah ringkas memohon dari ALLAH sekiranya ada gangguan lain..Alhamdullilah pesakit bebas dari gangguan.. Rawatan bekam dilakukan pada bahagian pundak kepala. Rambut dimesin dan di cukur licin agar mudah untuk proses bekam. Pesakit tidak pernah berbekam sebelum. Jadi saya terangkan serba sedikit kebaikan bekam sunnah ini. Proses bekam ini hanya menggunakan pen bekam yang di isi jarum yang boleh di selaraskan mengikut nombor bg tusukan jarum, kaedah ini lebih selamat n pesakit tidak rasa kesakitan malah darah kotor akan keluar secara maksimum.MasyaAllah..darah yang disedut terlalu banyak.kehitaman dan berbuih-buih.banyak darah kotor bercampur angin yang keluar..5 kali pump ana buat.biasanya 3 x jer pump..Isterinya dan anaknya melihat betapa banyaknya darah kotor yang keluar..apa yang menariknya sewaktu ana pump darah..bersendawa pesakit kesan angin buih2 bercampur darah yang keluar..kemudian ana lanjutkan dengan bekam di tengkuk..Alhamdulillah kesan sakit yang dihadapi pesakit HILANG waktu itu juga sewaktu ana pump yang ke5..Alhamdullilah..sesungguhnya kesembuhan itu datangnya dari ALLAH SWT. Apa yang dihadapi disini oleh pesakit tersebut gangguan sakit kepala adalah disebabkan darah kotor dibawah lapisan kulit, angin, toksid2 yang menyebabkan gangguan pelancaran darah..Inilah kelebihan bekam sunnah kaedah cara Nabi. Hubungi saya:Muallij nasa di talian 017-7170534 tel/sms