Sekitar Ibadah Qurban Di Padang Lapang Masjid As Salam Bukit Sentosa..lebih 500Umat islam yang Hadir Disertakan dengan jamuan makan tengah hari yang sungguh istemewa..
Syukur Kehadrat ALLAH SWT yang masih memberi kita nikmat kesihatan tubuh badan..Mudah mudahan dengan segala nikmat yang diberi olehNYA kita mengabdikan diri kita sebagai hamba ALLAH SWT yang patuh dan taat diatas segala perintahnya..Apa jua yang kita lakukan samaada mencari untuk dunia atau akhirat semata mata kerana ALLAH..
Alhamdullillah segala puji bagi ALLAH SWT dan selawat dan Salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW..hari ni adalah hari ke3 (12 Z.Hijjah 1432H) bagi umat islam menyambut aidil adha di tanah suci mekah dan seluruh umat islam diatas muka bumi ALLAH..Alhamdullillah majlis ibadah qurban yang telah diadakan di Masjid AsSalam Bukit Sentosa telah selesai dengan sebanyak 15 ekor lembu telah diqurbankan..diagihkan pada golongan asnaf, anak2 yatim, pada sekalian muslimin dan muslimat yang hadir serta para petugas..InsyaAllah Mudah mudahan ALLAH menerima amalan kita dan mendapat ganjaran disisi ALLAH SWT.