Tetap mengambil sesuatu sebagai pelindung, pelaris, penjaga atau apa sahaja asalkan cita2 cepat tercapai tanpa memikirkan suatu masa nanti bila dah tua makhluk ini akan menguasi kita, Syaitan hanyalah tipu daya dan mereka takkan putus asa menyesatkan kita sehingga nyawa kita dicabut..Masa muda hanya fikirkan nak cepat hajat tercapai..Halal Haram ditolak Ketepi..Bila umur dah semakin meningkat masa itu baru sedar nak ibadah nak taubat..waktu beginilah maklhluk yang kita tak sedari masa kita ambil dulu akan marah lalu tubuh pun diserang..
Rohani mula lemah dan jasmani secara tidak lansung akan terasa..Disinilah yang Penulis nak tekankan..Bahawa Rawatan pemulihan bukan mudah..Semua ini terletak atas keizinan ALLAH..dan sejauh mana pesakit bertaubat dan melakukan ibadah dengan penuh keihklasan dan mengharap keampunan..bahkan rawatan susulan perlu dilakukan secara kerap.
Ingatlah Bertahun kita melanggar perintah ALLAH..menyebabkan ALLAH murka..Jadi sedarlah pesakit diluar sana yang mengambil amalan syirik untuk sembuh terletak ditangan ALLAH..Setiap apa yang kita lakukan akan dibalas oleh ALLAH s.w.t.sejauh mana kesembuhan itu hadir hanya ALLAH yang tentukan..
Tulisan ini sekadar renungan setelah penulis melakukan rawatan ke atas pesakit..Wallahualam..