Pages

GAMBAR BEKAM AL HIJAMAH- RAWATAN ALTERNATIF ISLAM KASTURI.

Beberapa keping gambar koleksi bekam untuk dikongsikan bersama anda diluar sana tentang kebaikan bekam cupping (alhijamah)/bekam sunnah yang mampu menyembuhkan 72 penyakit. Sedia maklum bekam adalah mukjizat kesembuhan yang diwarisi dari Rasullah s.a.w.

PESAKIT MENGHIDAPI PENYAKIT DARAH TINGGI/SALUR DARAH SUMBAT/KENCING MANIS.



PESAKIT MENGALAMI ALLERGIC MAKANAN LAUT. PESAKIT MENGHIDAPI MIGRAIN/SAKIT KEPALA KRONIK.
PESAKIT MENGHIDAPI MASALAH RABUN JAUH.
Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari Hubungi Pembekam lelaki & Wanita ditalian 017-7170534 (sms) untuk temujanji.

RAWATAN BEKAM AL HIJAMAH DI RAWATAN ISLAM KASTURI



RAWATAN BEKAM AL-HIJAMAH(CUPPING) ADALAH SUNNAH RASULLAH S.A.W
Kepada anda diluar sana yang ingin mendapatkan rawatan bekam cara pengobatan nabi janganlah bimbang untuk mendapatkan rawatan di pusat rawatan islam kasturi.Dimana kaedah rawatan yang dijalankan adalah kaedah bekam menggunakan cupping, BUKAN RAWATAN LINTAH.
bekam cupping ini adalah SUNNAH yang telah dilakukan sejak zaman nabi lagi.dimana Aspek kebersihan, peralatan bekam, jarum yang digunakan hanya 1 pesakit 1 jarum. Begitu juga cup yang digunakan dimana akan direndam dalam air dan sabun anti kuman, kemudian akan disterill. Hanya bekam CUPPING(SUNNAH) sahaja yang diiktiraf keberkesanannya dan selamat.Setiap toksin/toksid/asid/darah kotor yang keluar akan dibersihkan dan dibuang dengan cara selamat.Yakni tiada pemindahan darah antara pesakit/penyakit berjangkit. Kawasan permukaan yang telah dibekam juga akan dibersihkan dan disapu minyak zaitun/minyak habbatus sauda/minyak but but untuk mengelakkan jangkitan.
Berbanding Rawatan lintah, apakah kita boleh menjamin kaedah tersebut selamat bahkan darah kotor yang disedut oleh lintah kemungkinan lintah yang sama digunakan untuk pesakit lain yang boleh mendatang kemudaratan kepada pesakit seperti yang telah terjadi dalam akhbar Berita Harian dimana pesakit mendapatkan rawatan lintah..

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

JALANILAH RAWATAN BEKAM SUNNAH/CUPPING PENGOBATAN CARA NABI LEBIH SELAMAT DI PUSAT RAWATAN ISLAM KASTURI
Hubungi muallij Nassa 017-717 0534 atau Pn ida 012-235 4825 (sms)Untuk temujanji rawatan.

Kementerian Kesihatan larang rawatan lintah (Berita Harian)

Kaedah dikesan tak selamat, risiko sebar penyakit berjangkit


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan tidak pernah memberi kelulusan kepada pusat kesihatan menjalankan kaedah perubatan melalui penggunaan lintah kerana keberkesanannya tidak dapat dibuktikan secara saintifik.
Sehubungan itu, orang ramai dilarang menggunakan lintah sebagai kaedah rawatan yang dikesan tidak selamat dan mampu membawa risiko penularan penyakit berbahaya yang berjangkit melalui darah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata penyebaran penyakit berbahaya itu boleh menular apabila lintah sama yang menghisap darah pelanggan iaitu pembawa kuman, digunakan pula merawat pengguna lain.

“Kita memang tidak benarkan kaedah ini untuk rawatan kerana ia belum terbukti berkesan, termasuk tanggapan lintah menghisap darah kotor juga salah, tiada darah kotor dalam perubatan.

“Berhubung penyakit tibi, berkemungkinan besar seseorang itu boleh berjangkit kerana duduk bersebelahan ketika menjalankan rawatan itu, tidak semestinya oleh kuman dibawa lintah.


“Proses rawatan itu memang mampu memindahkan penyakit berbahaya yang berkaitan dengan darah ketika penggunaan lintah itu. Kesan gigitan lintah juga boleh melambatkan darah beku, ” katanya ketika mengulas kenyataan Pakar Dermatologi Hospital An-Nur, Dr Saadiah Sulaiman, kaedah rawatan berkenaan yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai penyakit serta mengeluarkan darah kotor, sebenarnya mendedahkan pelanggan kepada sejenis penyakit batuk kering (tibi) ganjil. Dr Saadiah berkata, setakat ini dua pelanggan sudah berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan susulan selepas dijangkiti penyakit itu akibat terapi terbabit.
Dr Hasan berkata, pada masa sama pengguna diminta memberikan maklumat berhubung pusat rawatan didakwa mampu menyebarkan penyakit terbabit supaya kementerian boleh mengambil tindakan selanjutnya.

“Beritahu kita maklumat di mana pusat rawatan didakwa menyebarkan penyakit tibi itu, kita akan pergi sana untuk ambil tindakan,” katanya. dah dikesan tak selamat, risiko sebar penyakit berjangkit.


Sumber:- BERITA HARIAN 8/2/2012