Assalamualaikum wbk..
Minggu ini zaujah pulang kekampung selama 1 minggu..musim cuti sekolah nak melawat kedua ibubapanya di negeri cik siti wan kembang
Tarikh cuti- 26/5/2012 hingga 31/5/2012..Sebarang untuk Urutan Tradisional/Bekam Wanita hanya dilakukan selepas tarikh tersebut..
Untuk rawatan bekam Lelaki/Refleks/ Rawatan melibatkan gangguan dijalankan seperti biasa.
Waktu Rawatan:-
Isnin hingga Rabu = 8.00malam -11.30 malam
Khamis =9malam -11.30malam
Jumaat hingga Sabtu =8.00malam -11.30malam
Ahad = 9pagi -10.00malam
Cuti Umum = 9pagi -10malam
Jadual diatas sekadar pengetahuan, sebarang waktu rawatan boleh bertukar sekiranya penulis ada hal hal tertentu samaada (kuliah agama, kerja lebih masa, rawatan luar, hal peribadi, cuti dsb) Oleh itu pentingnya membuat panggilan/sms untuk sebarang pertanyaan dan rawatan. Hubungi muallij nasa 017-7170534.
Produk produk keluaran PIK juga disediakan:-
a) wangian kasturi as'syifa (rujuk sebelah kanan wall)
b) sabun organik marigold (sireh, marigold dan resdung-rujuk bawah wall)
c) Terapi sabun garam bukit as'syifa ikhtiar rawatan kulit dan gangguan makhluk halus (rujuk bawah wall)
d) terapi garam bukit aura ikhtiar rawatan kulit/penjagaab anggota dalaman dan luaran serta gangguan mahkluk halus (rujuk bawah blog)
e) set rawatan bekam(rujuk sebelah kana wall)
f) sabun belireh atau albyt.
Pages
▼
PESAKIT MUNTAH SEWAKTU DIRAWAT DAN DITERAPI SABUN AS'SYIFA
Assalamualaikum..Bertemu kembali dan hadirnya bulan rejab yang dinanti-nantikan seluruh umat islam yang penuh barakah..
Alhamdullilah..beberapa hari yang lepas penulis dijemput merawat seorang ahli keluarga pesakit..diringkaskan...ada juga yang hadir menumpang sama untuk mendapatkan rawatan perubatan alternatif ini..pesakit yang penulis rawat dari riak wajah menggambarkan betapa perit dan sakitnya penderitaan yang beliau hadapi..melihat wajah muka, mata dan tubuhnya sudah cukup merasai betapa kuat dugaan beliau hadapi..
beliau datang dari johor dan datang kerumah adiknya berdekatan kawasan penulis tinggal semata2 untuk mendapatkan rawatan dengan penulis termasuk keluarganya.Sewaktu ujian imbasan dilakukan..memang banyak makhluk ALLAH yang menghuni dalam tubuhnya..bahkan sudah ramai yang dibawa masuk.sehinggakan mental pesakit ini sedikit terganggu..menurut isterinya, beliau suka bersendirian dan berkurung dalam rumah dan tak mahu bercampur masayarakat..
Kasihan akibat dari perbuatan makhluk yang tak kenal erti DOSA & HARAM dan tambah dengan gangguan makhluk jin bertambah derita pesakit ini..Sebelum sesi rawatan sedikit tazkirah ringkas untuk memantap tahap keimanan kita dan menjaga perhubungan kita dengan ALLAH.
Sewaktu awal rawatan pesakit sudah tidak keruan dan mula muntah sehinggakan menjadi lemah..diberi sedikit minum air penawar dan kasturi as'syifa sebagai kekuatan dalaman..sebagai ikhtiar penulis menggunakan sabun garam as'syifa dibasahkan dengan menekap dan menggosok pada tubuh pesakit bagi menyingkirkan segala bahan sihir dan makhluk yang terdapat dalam tubuh pesakit..Pesakit mula terasa kepanasan dan terasa seperti dicucuk seluruh tubuh..dengan waktu yang sama penulis memberikan tazkirah agar jin2 yang berada dalam tubuh bertaubat dan memeluk agama islam..ada yang nak dan ada yang taknak..
Selama hampir 1 jam itulah berduyun duyun makluk jin ini keluar dan pesakit muntah sehinggakan bau yang meloyakan..Alhamdulillah perlahan lahan pesakit mula sedar dari minda separuh sedar..dengan nafas tercungap cungap beliau beristigfar dan mengucap serta selawat..diberi sedikit air penawar dan makanan yang disediakan bagi mengembalikan tenaga yang hilang..
Beliau memberitahu betapa sakitnya mahkluk itu mencengkam kepala dan anggota dalaman..sewaktu rawatan dan terapi garam bukit terasa makhluk itu keluar dan rasa terbakar...
Penulis bekalkan dengan kasturi syifa', sabun syifa'rendaman garam aura, dan air syifa..serta amalan amalan menguatkan rohani dan jasmani..Insyaallah..