:::: Ahlan Bikum ::: Selamat Datang ::: Ke Blog Rawatan Alternatif Islam Kasturi[PIK Mengucapkan Terima Kasih atas kesudian menziarahi blog PIK Dan Selamat Beramal] PIK Menyediakan Perkhidmatan Rawatan Gangguan jin(sihir/saka/histeria/santau/rasuk dsb) Rawatan Ghurah Cuci suara dan Rawatan Resdung,Terapi Bekam Sunnah & Bekam Thibbun Nabawi serta Urutan Melancarkan Darah Untuk Lelaki, Terapi Bekam Sunnah & Thibbun Nabawi serta Urut Melancarkan darah untuk Wanita serta Menjual Produk-Produk dalam Rawatan Alternatif::::

GABUNGAN TERAPI ALQURAN+ BEKAM MAMPU MENAWARKAN SIHIR DAN SANTAU

PERKONGSIAN RAWATAN BERTERASKAN SUNNAH.





Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi muhammad s.a.w.moga kita semua mendapat syafaat dari kekasih ALLAH.serta berada dalam limpahan Rahmat ALLAH SWT.

Sejak akhir2 ini ramai pesakit khususnya golongan wanita yang mana telah lama menderita sakit akibat sihir/santau khususnya telah ada yang sembuh atau semakin berkurangan dengan izin ALLAH. Apa yang penulis ingin tekankan bahawa setiap rawatan adalah ikhtiar kepada ALLAH kerana kesembuhan itu adalah miliknya.

Rata rata pesakit yang mendapatkan rawatan dengan penulis, selalunya penulis sarankan berbekam disamping perlahan lahan mengubah diri menjadi insan yang bertakwa.bukan sahaja dari amalan tetapi dari segi pakaian.itulah yang selalu penulis tekankan.

Janganlah kita selalu bersungut dengan apa yang kita hadapi.Walau banyak mana pun amalan yang telah dibuat tapi jangan kita bersungut kenapa masih belum sembuh.Cermin diri kita apakah kelemahan2 yang masih ada pada diri kita.Ingat setiap perbuatan kita disaksikan para MALAIKAT DAN ALLAH SWT.

Jika kita tidak mendapat ganjaran kesembuhan didunia ini mungkin ganjaran diakhirat menanti kita.Sebagai umat yang mengaku islam hendaklah kita percaya pada Qadar' & qadar.

Pada pesakit yang telah mendapatkan rawatan dengan penulis yang telah sembuh, penulis mengucapkan selamat beramal dan apabila telah sembuh janganlah leka terutama pada amalan yang wajib serta amalan sunat lain.

Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;"Sesungguhnya sebaik-baik sarana yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz"(lihat Kasyful Astaar 'an Zawaaa-idil Bazaar)

Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:"Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu"(Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)

Hubungi muallij nassa ditalian 017-7170534 (sms/tel) rawatan mengikut temujanji.

PERALATAN BEKAM ALHIJAMAH DI PUSAT RAWATAN ISLAM KASTURI

Peralatan yang digunakan di Pusat Rawatan Islam Kasturi

Perlatan yang digunakan dipusat rawatan islam kasturi:-
  1. cupping bekam jenis tahan lasak/berkualiti tinggi.
  2. pen bekam yang berkualiti dan pen jenis boleh laras.
  3. sarung tangan getah.
  4. lancet/jarum 1 pesakit 1 jarum.
  5. tisu.
  6. minyak sapu (minyak butbut/zaitun/habbatus sauda.
  7. pisau cukur digunakan untuk mencukur point bekam.mata cukur 1 pesakit 1 pisau cukur.
  8. mesin gunting rambut digunakan menggunting bahagian untuk dibekam.

RUANG TAMU BERHAWA DINGIN PADA AHLI KELUARGA YANG MENANTI/PESAKIT MENUNGGU GILIRAN.

Kebersihan dan kepuasan pelanggan adalah diutamakan di pusat rawatan kasturi. (lebih 500 orang telah dibekam sepanjang 2 tahun beroperasi)

Kepada yang ingin berbekam samada lelaki atau wanita silalah menghubungi saya ditalian 017-7170534 (sms/tel).Berbekam adalah suatu tuntutan dalam islam yang mana pengubatan ini adalah dari warisan nabi kita muhammad s.a.w.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:"Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit"(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud)

Dari Anas r.a., dia bercerita: "Rasulullah s.a.w. bersabda:"Jika terjadi panas memuncak, maka neutralkannya dengan berbekam sehingga tidak berlaku darah tinggi pada seseorang dari kalian yang akan membunuhnya"(Diriwayatkan oleh al-Hakim).

GAMBAR BEKAM AL HIJAMAH- RAWATAN ALTERNATIF ISLAM KASTURI.

Beberapa keping gambar koleksi bekam untuk dikongsikan bersama anda diluar sana tentang kebaikan bekam cupping (alhijamah)/bekam sunnah yang mampu menyembuhkan 72 penyakit. Sedia maklum bekam adalah mukjizat kesembuhan yang diwarisi dari Rasullah s.a.w.

PESAKIT MENGHIDAPI PENYAKIT DARAH TINGGI/SALUR DARAH SUMBAT/KENCING MANIS.



PESAKIT MENGALAMI ALLERGIC MAKANAN LAUT. PESAKIT MENGHIDAPI MIGRAIN/SAKIT KEPALA KRONIK.
PESAKIT MENGHIDAPI MASALAH RABUN JAUH.
Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari Hubungi Pembekam lelaki & Wanita ditalian 017-7170534 (sms) untuk temujanji.

RAWATAN BEKAM AL HIJAMAH DI RAWATAN ISLAM KASTURI



RAWATAN BEKAM AL-HIJAMAH(CUPPING) ADALAH SUNNAH RASULLAH S.A.W
Kepada anda diluar sana yang ingin mendapatkan rawatan bekam cara pengobatan nabi janganlah bimbang untuk mendapatkan rawatan di pusat rawatan islam kasturi.Dimana kaedah rawatan yang dijalankan adalah kaedah bekam menggunakan cupping, BUKAN RAWATAN LINTAH.
bekam cupping ini adalah SUNNAH yang telah dilakukan sejak zaman nabi lagi.dimana Aspek kebersihan, peralatan bekam, jarum yang digunakan hanya 1 pesakit 1 jarum. Begitu juga cup yang digunakan dimana akan direndam dalam air dan sabun anti kuman, kemudian akan disterill. Hanya bekam CUPPING(SUNNAH) sahaja yang diiktiraf keberkesanannya dan selamat.Setiap toksin/toksid/asid/darah kotor yang keluar akan dibersihkan dan dibuang dengan cara selamat.Yakni tiada pemindahan darah antara pesakit/penyakit berjangkit. Kawasan permukaan yang telah dibekam juga akan dibersihkan dan disapu minyak zaitun/minyak habbatus sauda/minyak but but untuk mengelakkan jangkitan.
Berbanding Rawatan lintah, apakah kita boleh menjamin kaedah tersebut selamat bahkan darah kotor yang disedut oleh lintah kemungkinan lintah yang sama digunakan untuk pesakit lain yang boleh mendatang kemudaratan kepada pesakit seperti yang telah terjadi dalam akhbar Berita Harian dimana pesakit mendapatkan rawatan lintah..

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

JALANILAH RAWATAN BEKAM SUNNAH/CUPPING PENGOBATAN CARA NABI LEBIH SELAMAT DI PUSAT RAWATAN ISLAM KASTURI
Hubungi muallij Nassa 017-717 0534 atau Pn ida 012-235 4825 (sms)Untuk temujanji rawatan.

Kementerian Kesihatan larang rawatan lintah (Berita Harian)

Kaedah dikesan tak selamat, risiko sebar penyakit berjangkit


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan tidak pernah memberi kelulusan kepada pusat kesihatan menjalankan kaedah perubatan melalui penggunaan lintah kerana keberkesanannya tidak dapat dibuktikan secara saintifik.
Sehubungan itu, orang ramai dilarang menggunakan lintah sebagai kaedah rawatan yang dikesan tidak selamat dan mampu membawa risiko penularan penyakit berbahaya yang berjangkit melalui darah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata penyebaran penyakit berbahaya itu boleh menular apabila lintah sama yang menghisap darah pelanggan iaitu pembawa kuman, digunakan pula merawat pengguna lain.

“Kita memang tidak benarkan kaedah ini untuk rawatan kerana ia belum terbukti berkesan, termasuk tanggapan lintah menghisap darah kotor juga salah, tiada darah kotor dalam perubatan.

“Berhubung penyakit tibi, berkemungkinan besar seseorang itu boleh berjangkit kerana duduk bersebelahan ketika menjalankan rawatan itu, tidak semestinya oleh kuman dibawa lintah.


“Proses rawatan itu memang mampu memindahkan penyakit berbahaya yang berkaitan dengan darah ketika penggunaan lintah itu. Kesan gigitan lintah juga boleh melambatkan darah beku, ” katanya ketika mengulas kenyataan Pakar Dermatologi Hospital An-Nur, Dr Saadiah Sulaiman, kaedah rawatan berkenaan yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai penyakit serta mengeluarkan darah kotor, sebenarnya mendedahkan pelanggan kepada sejenis penyakit batuk kering (tibi) ganjil. Dr Saadiah berkata, setakat ini dua pelanggan sudah berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan susulan selepas dijangkiti penyakit itu akibat terapi terbabit.
Dr Hasan berkata, pada masa sama pengguna diminta memberikan maklumat berhubung pusat rawatan didakwa mampu menyebarkan penyakit terbabit supaya kementerian boleh mengambil tindakan selanjutnya.

“Beritahu kita maklumat di mana pusat rawatan didakwa menyebarkan penyakit tibi itu, kita akan pergi sana untuk ambil tindakan,” katanya. dah dikesan tak selamat, risiko sebar penyakit berjangkit.


Sumber:- BERITA HARIAN 8/2/2012

RAWATAN LUAR DI HOSPITAL SELAYANG

Sekitar jam 11 pagi penulis dihubungi seseorang untuk merawat seorang ahli keluarganya di hospital sepang pada sebelah malam. Insyaallah berbekalkan ilmu didada penulis akan cuba sedaya upaya merawat pesakit tersebut pada malam ini. Segalanya penulis berserah pada Allah SWT memohon dipermudahkan segala urusan kesana dan kesembuhan pada pesakit.

LAHAULAWALAKUWATAILLABILLAH
.

PERKONGSIAN ILMU PADA 29 JANUARI 2012







Sekitar gambar perkongsian pada 29 Januari 2012, Ahad jam 9: 45 pg sehingga 6:00 petang, antara perkongsian ialah, Bekam, Rawatan Resdung dan Refleksologi.

Antara yang hadir ialah:
  1. Kumpulan Perawat Bandar Tasik Puteri [PEBATAP]
  2. Akrine Seremban
  3. Akrine Senawang

RAWATAN AURA SERI RAWANG

SEMAKIN RAMAI WANITA YANG HADIR..




Alhamdullillah sejak kebelakangan ini semakin ramai golongan wanita yang hadir mendapatkan rawatan AURA SERI..Bahkan lelaki juga ada yang hadir termasuk seisi keluarga untuk rawatan AURA SERI.

Di sini perawat menekankan bahawa rawatan AURA SERI ini bukan sahaja pada wanita bujang, tetapi merangkumi kaum lelaki bujang, lelaki berkahwin awanita berkahwin dan SEISI KELUARGA, Rawatan ini merangkumi merawat semula AURA DALAMAN tubuh pesakit kerana kebiasaannya terdapat gangguan yang menghalang pesakit dalam melakukan KERJA HARIAN.

Terutama pada mereka yang melakukan aktiviti perniagaan/kerja-kerja seharian di tempat kerja atau apa sahaja yang melibatkan manusia disekeliling.

Kadangkala inilah punca seseorang akan hilang AURA SERI pada wajah akibat terkena buatan manusia yang HASAD DENGKI.Begitu juga gadis-gadis yang lambat jodoh, apabila kenal dengan seseorang yang disukai dan membuat keputusan untuk bersatu, tetapi disaat akhir TEPUTUS DITENGAH JALAN SEPERTI ADA PENGHALANG.Kebiasaannya pesakit akan merasai simptom2 seperti ada gangguan penghalang.Begitu juga pada wanita yang bekerja akan merasai wajah terasa kusam/pucat, rakan2 melihat wajah seolah2 ada sesuatu yang tidak kena.

DIPUSAT RAWATAN/TERAPI ISLAM KASTURI akan menjalankan rawatan terapi kepada pesakit terlebih untuk menawarkan segala bentuk gangguan dahulu diikuti mandian LIMAU PURUT/NIPIS dan Diikuti Mandian AURA SERI Menggunakan wangian yang diadun dari wangian bunga2 untuk AURA DALAMAN.

Selesai sahaja pesakit akan diterapi sekali lagi untuk membangkitkan AURA POSITIF DALAMAN & LUARAN.

Package rawatan= rm50.00 untuk seorang
Pesakit akan diberikan sebotol wangian kasturi putih As’ syifa untuk kegunaan seharian serta cara pemakaian wangian kasturi yang betul akan diterangkan oleh perawat (diperkuatkan dengan bacaan rukyah, hizib pilihan, himpunan selawat pilihan, doa dan surah pilihan.)

package rawatan seisi keluarga min 3 orang = RM35.00 untuk seorang
Setiap keluarga akan Dibekalkan 1 botol wangian kasturi putih As’syifa untuk seisi keluarga.

Untuk menambahkan Kekuatan pada dalaman, Pada KAUM WANITA diluar sana agar mebawa 7 jenis bungaan/9kuntum bungan.digalakkan bawa BUNGA MAWAR PUTIH, MERAH, MERAH JAMBU/MAWAR KUNING. Pada Golongan Wanita mandian akan dilakukan oleh isteri Perawat..

Sila hubungi Muallij Nasa-sms 017-7170534

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

SABUN RESDUNG-MARIGOLD-SIREH

SABUN ORGANIK-Hand Made Soap

SABUN RESDUNG, SABUN MARIGOLD DAN SABUN SIREH bagi yang menghidapi Sila hubungi ana Muallij Nasa 017-7170534/ Pn ida 012-2354825 untuk tempahan dan produk akan dihantar ke rumah . [harga tidak termasuk pos]. Harga sebuku sabun ialah RM8.00 sahaja.Pembayaran boleh dibuat ke akaun berkenaan:

CIMB BANK-NASARUDIN BIN MOHD RAIS
06 1109 6953 9528




Sabun Resdung
Harga Istimewa: RM8.00
Stok: Ya
sabun Resdung sinusitis adalah sabun buatan tangan




Kegunaan:
1. Merawat Resdung
2. Menghilang gatal-gatal pada muka akibat resdung
3. Menghilang jeragat pada muka
4. Merawat dan menghilangkan jerawat
5. Melegakan hidung tersumbat akibat resdung dan simptom-simptomnya



Cara Peggunaan Sabun Resdung
Gosok sabun resdung dengan kedua tapak tangan hingga berbuih.Urut perlahan-lahan ke seluruh muka dan biarkan selama 2 hingga 5 minit. Jangan risau sekiranya muka terasa gatal atau miang kerana ia merupakan proses merawat resdung. Untuk menghilangkan kegatalan tersebut dan mendapat kesan yang lebih baik, bolehlah mencuci muka dengan sabun sirih kemudian bilas dengan air.





Sabun MariGold Calendela
Harga Istimewa: RM8.00
Stok: Ya
Sabun MariGold Calendula adalah sabun buatan tangan



Kegunaanya:
1. Merawat gatal-gatal badan
2. Merawat kudis dan ekzima
3. Mencerahkan kulit
4. Sebagai pencuci muka (jerawat)
5. Merawat gatal dan luka di celah paha
6. Menghilangkan bau badan terutama bau ketiak
7. Memberi kesegaran selepas mandi
8. Merawat kulit kusam
9. Merawat luka gatal akibat digaru




Cara Penggunaan Sabun Marigold


Untuk merawat kudis atau gatal setempat, gunakan sabun Marigold. Sapu buih pada kudis atau kawasan kulit yang gatal. Biarkan sehingga kering. Sabun ini juga berkesan untuk penyakit ekzema. Bagi bayi yang bermasalah dengan ruam lampin, guna sabun ini semasa mandi. Lihat kesannya, insyaAllah akan kering dalam masa 2 hari.





Sabun Sirih
Harga Istimewa: RM8.00
Stok: Ya

Sabun Sirih betel leaf adalah sabun buatan tangan



Kegunaanya:



1. Menghilangkan bau badan dan ketiak



2. Pencuci muka (masalah jerawat & jeragat)



3. Bertindak sebagai antiseptik



4. Merawat kelemumur dan gatal kulit kepala



5. Menguat dan Mengilat rambut



6. Untuk merawat sakit kepala



7. Pencuci Vagina serta mengembalikan keanjalan otot Vagina




Cara penggunaan Sabun Sirih


Untuk merawat migrain atau sakit kepala, gunakan Sabun Sirih sebagai syampu rambut kemudian tutup kepala dengan kain atau penutup kepala dan biarkan sehingga 10 minit. Kemudian bilas dengan air. Sabun ini juga memberi kesan yang baik pada kulit wajah apabila anda menggunakannya sebagai pencuci muka. Anda akan merasi perbezaannya, kulit wajah anda akan terasa bermaya serta terasa kehalusannya.

QASTURI HERBS SABUN TERAPI BIDARA

QASTURI HERBS SABUN TERAPI BIDARA

SABUN TERAPI BIDARA

[QASTURI HERBS Sabun Terapi Bidara]

HargaRM17.00 sebuku Semenanjung/ RM19.00 Sabah/Serawak [Min:2 buku]

Harga Borong/Pengedar
a) Pembelian min20-49 buku (RM 14.00 setiap satu)

b) Pembelian 50buku keatas RM12.00 setiap satu)

Sesuai Pada semua Golongan [Lelaki atau Wanita/Kanak/dewasa/pelbagai kaum]

Bahan campuran:-
Adunan dari extra minyak zaitun, habbatussauda,minyak Aroma Pati Bunga -bungaan terpilih serta bahan utama minyak daun Bidara, diperkuatkan dengan doa2 pilihan sebagai penawar kesembuhan.

Khasiatnya:-

a) Iktiar bagi masalah gangguan sihir/ saka/ histeria/sawan tangis/kemurungan

b) merapatkan keharmonian rumahtangga

c) membantu mengurangkan stress dan keletihan

d) memberikan kesegaran dan keyakinan diri

e) menaikkan seri wajah yang kusam dan lesu

f) menyingkirkan aura negatif dan membuka aura positif

g) membersihkan dan melembutkan kulit

h) ikhtiar bagi masalah kulit sensitif

i) haruman yang menenangkan minda.

Cara guna:-

-buat mandian seperti biasa samaada nak guna syampo atau sabun lain jenis pun boleh kemudian bilas dengan air bersih, kemudian buihkan sabun Aromaterphy dan gosokkan pada seluruh anggota badan terutama pada bahagian wajah (dilebihkan), biarkan selama 2-5minit agar resapan aura/wangian sabun meresap kedalam minda.kemudian bilas dengan air bersih (seeloknya mandi diwaktu pagi sebelum subuh dan selepas asar sebelum jam 11malam)

Sabun ini sebagai satu ikhtiar kepada ALLAH yang pentingnya amalan kita, hendaklah selalu kita berdoa memohon pada ALLAH.

-Jika terasa simptom simptom seperti lesu, mengantuk, muntah, pening, buang air besar, lenguh lenguh badan atau sendi, rasa mengah, jantung berdebar, nafas tersekat sekat, Teruskan juga amalan mandian ini, kerana Sabun ini telah dibacakan dengan ayat2 quran merangkumi pembersihan rohani/dalaman anda.Bertujuan membuang aura negatif yang melibatkan gangguan makhluk halus dimana ia bertindak secara tidak lansung dalam menolak keluar aura negatif dan membangkitkan aura positif.

Produk ini telah ditestimoni..jika anda belum tahu khasiatnya anda beli dan cuba.Insyaallah..Sesungguhnya ALLAH itu maha berkuasa keatas setiap makhluknya.

Untuk tempahan atau menjadi pengedar sila hubungi muallij nasa 017-7170 534.

Garam Bukit Aromaterapi

Garam Bukit Aromaterapi
Garam Bukit Aromaterapi (Mandian dan Rendaman Kaki)100%tulin
Campuran garam bukit asli dan wangian terapi herba tumbuh-tumbuhan]
[harga istemewa RM20.00 bagi semenajung] [RM22.00 bagi sabah & sarawak] [ tidak termasuk pos laju]
Telah diproses dan ditenagakan dengan kaedah doa, solat hajat, selawat syifa, rukyah syar'iyyah dan bacaan ayat2 suci (syifa')

Cara penggunaan untuk mandian:-
Untuk mandian badan masukkan 1- 2 genggam garam kedalam tab mandian dengan air secukupnya agar garam dapat dilarutkan secukupnya. Biarkan selama 10-15minit. Setelah garam larut, isikan air panas mengikut suhu badan dan kacau sehingga garam tersebut menjadi larut.

Mandian- Mandi dengan air bancuhan garam bukit, biarkan air meresap ketubuh badan selama beberapa minit kemudian bilas dengan air biasa.

Khasiat- Mengembalikan tenaga yang hilang, melindungi kulit dari kering, penyeri diri, penyegar diri, mengembalikan semangat dan menghilangkan keletihan dan melancarkan peredaran darah, merawat masalah gangguan makhluk jin dan syaitan, membantu memulihkan kemurungan, tekanan dll.

Cara penggunaan untuk rendaman kaki:-
Sediakan baldi atau besen yang boleh dimasukkan kedua belah kaki, masukkan 1 genggam garam kristal dan masukkan sedikit air biasa & campurkan air panas sekadar yang anda boleh tahan kira kira paras buku lali=-kacau mengikut lawan jam sehingga sebati.

Rendaman-Rendam kaki selama 20-30minit kemudian bilas dengan air biasa. Seeloknya dibuat pada waktu rehat atau sebelum tidur.

Khasiat-melancarkan peredaran darah, membantu membuang toksin dari badan & dapat mengelakkan virus, melegakan kesakitan otot, sakit-sakit sendi, sengal-sengal & kekejangan otot kaki, mengurangkan kesakitan & keletihan kaki setelah seharian bediri & berjalan, membantu merawat tumit kaki yang pecah/merekah dan lain lain khasiat(dengan izinnya)

Ia amat berkesan dalam merawat para wanita yang mengalami masalah haid tidak teratur/senggugut/haid tidak berhenti samaada akibat dari gangguan jin/sihir/saka atau penyakit fizikal.

Kebaikan Garam Bukit - Mempunyai 84 jenis mineral yang tidak terdapat dalam garam biasa -Mengimbangkan tekanan darah -Meningkatkan kekuatan badan dan oksigen di dalam tubuh -Menguatkan struktur tulang -Kardiovaskular -Angin ahmar, Migraine -Kencing manis, Darah tinggi, Gout dan Batu karang -Kecantikan dan kesihatan kulit dan dalaman -Meleraikan gumpalan sel sel darah merah -Menganjalkan saluran darah -Melarutkan sebarang pengumpulan kalsium dalam darah -Membekal zat mineral berbentuk ionik yang seimbang -Melaraskan kelancaran sistem saraf -Membantu pembaharuan sel sel -Membantu pergerakan otot otot usus -Membantu penyerapan vitamin dengan lebih sempurna -Membantu dalam penyembuhan kulit Dan Lain lain Khasiat dengan IZINNYA..Jika digunakan secara berterusan.

Untuk rawatan melibatkan gangguan makhluk halus/sihir/saka buat rendaman/mandian amalkan sekerap yang mungkin secara berturut turut dan lakukan ulangan dengan kekerapan untuk proses penyembuhan.

Bagi anda yang mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, gout, penyakit jantung, sakit otot, mengatasi masalah kaki berbau, sakit tumit, sakit sendi dan sebagainya.Sila buat rendaman kaki selama 30minit selama 7 malam berturut turut dan lakukan kekerapan amalan mandian/rendaman untuk proses penyembuhan.

Rawatan bagi anak anak/orang dewasa yang Demam panas.
A) Sediakan 1 beg kecil ais batu.
B) Ambil 2 -3 genggam garam dan masukkan dalam baldi, kemudian ambil 1 jug/kole besar air panas, tuangkan kedalam baldi dan kacau sehingga sebati.
C) Kemudian tadahkan air paip sehingga paras separuh baldi dan masukkan ais batu dan kacau lawan jam agar ais cair.
D) Mandi biasa terdahulu kemudian gunakan Bahan campuran diatas sebagai Bilasan.
Tempahan:- 017-7170534

PRODUK PIK-PROMOSI KASTURI KIJANG DAN ZAFFARAN

PRODUK PIK-PROMOSI KASTURI KIJANG DAN ZAFFARAN

HARUMAN KASTURI AS'SYIFA 1437H

Terdapat 5 jenis haruman kasturi as'syifa PIK

Pilihan A:- (Sesuai untuk Kaum Adam & Gangguan)
1) Kasturi Kijang Asli As'syifa =rm15.00 Sem/ RM16.00 SS [ 1 botol]
2) Zaffaran As'syifa=rm15.00 Sem/ RM16.00 SS [ 1 botol]

Pembelian mana mana di atas Pilihan A
* min 3-5 botol harga tetap sama seperti di atas.
* 6-29botol harga rm13.00 Sem/ RM14 SS [1Botol].
* Lebih dari 30 Botol RM9.00 [1 Botol].

Pilihan B:-(Sesuai Untuk Kaum Hawa dan Gangguan)
3) Kasturi Putih As'syifa =RM 15.00 Sem/rm16.00 SS [ 1botol]
4) Kasturi Susu As'syifa =RM15.00/ RM16.00 SS [1 botol]

Pilihan C:- ( sesuai pada yang ada gangguan Berat)
5) Kasturi Hitam As'syifa =RM15.00 Sem/ RM16.00 SS [1 botol]

Pembelian mana mana di atas Pilihan B & C
* min3-95botol harga tetap sama seperti diatas.
* 6-29botol harga RM13.00 Sem/ RM14 SS [ 1 botol].
* Lebih dari 30 Botol RM9.00 [ 1 botol].

Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah sewangi wangi dan sebaik baik haruman sebagaimana sabda nabi SAW:- "Sebaik baik wangian adalh minyak kasturi"(hadis riwayat muslim)

Kasturi As'syifa PIK adalah wangian kasturi terdiri dari zaffaran, kijang asli, putih asli, susu, hitam yang telah didoakan dengan surah alquran, ayat ayat rukyah syariyyah, ayat ayat syifa, asmaul husna, hizib hizib,doa syifa, ayat ayat bismillah, selawat pilihan serta telah solat hajat untuk memperkuatkan lagi khasiat dengan tujuan perlindungan pada diri & keluarga, hajat, penyembuhan dalam perubatan islam

Khasiat Kasturi As'syifa PIK
-Memberi kekuatan pada roh
-Menenangkan jiwa
-Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
-Menghentikan bayi menangis akibat gangguan
-Menghilangkan debaran jantung
-Menghilangkan sesak nafas/melegakan asma (Lelah)
-Menyedarkan orang pengsan
-Menguatkan organ luaran & dalaman tubuh
-Menghilangkan sejuk tubuh
-Memelihara kesihatan secara keseluruhan
-Meredhakan ALLAH swt, disukai para Malaikat dan orang soleh, dapat menghindari dari Jin/Sihir/Pukau/Histeria/Santau dsb.

Harga diatas tidak termasuk Pos laju, Nilai Pos mengikut berat dan kawasan semenanjung/ SS.

Hubungi Al-Muallij Nasa 017-7170534 untuk sebarang pertanyaan/Tempahan.