:::: Ahlan Bikum ::: Selamat Datang ::: Ke Blog Rawatan Alternatif Islam Kasturi[PIK Mengucapkan Terima Kasih atas kesudian menziarahi blog PIK Dan Selamat Beramal] PIK Menyediakan Perkhidmatan Rawatan Gangguan jin(sihir/saka/histeria/santau/rasuk dsb) Rawatan Ghurah Cuci suara dan Rawatan Resdung,Terapi Bekam Sunnah & Bekam Thibbun Nabawi serta Urutan Melancarkan Darah Untuk Lelaki, Terapi Bekam Sunnah & Thibbun Nabawi serta Urut Melancarkan darah untuk Wanita serta Menjual Produk-Produk dalam Rawatan Alternatif::::

TERAPI RUKYAH & TERAPI AURA SERI



















Aura adalah medan tenaga hidup yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.Ia membabitkan tujuh warna pelangi yang melingkari tubuh setiap manusia. Aura manusia mudah rosak apabilaterdedah kepada emosi yang tidak terkawal, selalu berperasangka buruk kepadaorang lain, stress, kena serangan penyakit Mistik(unsur-unsur ilmu hitam) dan sebagainya. Apabila kebocoran aura menyebabkan penampilan seseorang tidak menarik lagi dan semangat menuju kejayaan semakin menurun yang boleh mengakibatkan malas berusaha!


Alhamdulillah dengan kekayaan dan kemurahan Allah telah memberikan keupayaan kepada manusia untuk berfikir dan berusaha untuk memanfaatkan ciptaan Allah yang ada di dunia ini. Sebagai alternatif PENYEMBUHAN AURA yang telah rosak saya menyediakan perkhidmatan TERAPI PENYEMBUHAN AURA menggunakan air sebagai asas utama membentuk aura positif, di tambah dengan kekuatan getaran yang dihasilkan dari bunga-bunga terpilih dan TEKNOLOGI AL-QURAN, ZIKIR-ZIKIR, DOA-DOA serta saripati wangian KASTURI yang membantu menyingkirkan Aura Negatif.


Terapi aura ini menggunakan ayat suci Al Quran as-syifa yang dibacakan pada air mineral,limau nipis dan badan pesakit.Khasiat kaedah terapi aura seri ini dapat memberikan aura positif dan menyingkirkan segala aura negatif pada badan,menaikkan seri wajah,wajah tidak kusam lagi,menghilangkan sakit pening kepala,meringankan/menyegarkan badan,mudah dapat jodoh,fokus pada kerjaya dan mudah disenangi masyarakat.


Pesakit yang inginkan rawatan ini sila bawa 3 Botol air mineral atau lebih, 9 biji limau nipis (bagi lelaki),

Untuk wanita sila bawa 3 botol air mineral atau lebih, 9 biji limau nipis serta 7 jenis bunga


Mawar merah - membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi.
Mawar putih - menyegarkan dan menyucikan badan supaya nampak lebih berseri.
Cempaka putih - melembut dan mewangikan badan.
Cempaka kuning - menyerikan wajah dan mewangikan badan.
Melur putih dan kuning - menyucikan dalaman.
Bunga kenanga - menaikkan seri dan senang didekati.
Limau purut - buang kotoran badan dan membuka pori supaya aura serta seri bunga dapat bergabung dengan aura badan dengan mudah.
Limau susu - melembutkan kulit


Sila Hubungi/SMS Muallij Nasa hp 017-7170534-utk lalaki / Pn Ida 012-2354825-utk wanita(Rawatan Secara Temujanji) dan rawatan dijalankan di alamat no 66 jalan kasturi 3B, Seksyen BB8, Bdr Bukit Beruntung/Bukit Sentosa.

Majlis Perasmian Masjid As Salam Bukit Sentosa Oleh Sultan selangor


DAULAT TUANKU !


PADA JUMAAT 8 JULAI 2011 INI MASJID AS-SALAM/MASJID KUNING AKAN DIKUNJUNGI SULTAN YANG MEMERINTAH SELANGOR IAITU KETUA AGAMA ISLAM TERTINGGI DI NEGERI SELANGOR YANG AMAN DAN SENTOSA INI DI BAWAH TADBIR BAGINDA SULTAN.SULTAN SELANGOR BERKENAN TURUN KE MASJID BUKIT SENTOSA INI BAGI MERASMIKAN MASJID INI DAN BERSEKALI MENYEMPURNAKAN SOLAT JUMAAT BERSAMA-SAMA RAKYAT BUKIT SENTOSA & BUKIT BERUNTUNG INI.MARILAH KITA SAMA-SAMA KHUSUSNYA PENDUDUK BUKIT SENTOSA DAN BUKIT BERUNTUNG MERAIKAN DAN MEMERIAHKAN KEBERANGKATAN SULTAN KE MASJID INI SEBAGAI TANDA KITA TAAT SETIA KEPADA BAGINDA SULTAN SELAKU KETUA NEGERI SELANGOR.


DAULAT TUANKU !

PROGRAM QIYAMULLAIUL PERDANA & TAFAQQUH FIDDIN BERSAMA SYEIKH NURUDDIN

MAJLIS QIYAMULLAIL & TAFAQQUH FIDDIN SIRI KE 2 AKAN DIADAKAN DI MASJID AS SALAM BUKIT SENTOSA BERSAMA SYEIKH NURUDDIN MARBU AL-BANJARI

TARIKH: 03-JULAI-2011(AHAD)
MASA : JAM 4.00Pagi -10.00Pagi

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI KE MAJLIS INI.

HIDANGAN TENGAHARI ISTIMEWA:NASI ARAB.

BEKAM DI BULAN REJAB

KELEBIHAN BERBEKAM SUNNAH..

Antara amalan sunat lain pada bulan Rejab ialah berbekam. Nabi Muhammad S.A.W berbekam pada bulan Rejab. Tentu ada sebab tertentu Nabi hanya berbekam pada bulan Rejab. Saya pun tahu mengapa. InsyaAllah saya akan cuba mencari dan mengkaji melalui pembacaan dan mungkin bertanya kepada yang lebih tahu sebab kenapa Nabi berbuat demikian. Apakah kelebihan bulan Rejab ini.

Cuba berpegang kepada Al-Quran dan Al-Hadis. Kerana barangsiapa yang berpegang dengan Al-Quran dan Al-Hadis maka dia tidak akan sesat selama-lamanya. Itu khutbah terakhir Nabi.

Berbekam adalah Sunnah Nabi. Jika sesuatu yang dilakukan oleh Nabi sudah pasti mempunyai kebaikannya. Banyak sekali kebaikannya. Antara faedah berbekam yang saya dapat ialah :

1. Membuang keracunan toksid dalam badan yang menyebabkan mudah mendapat penyakit
2. Melegakan stress, tubuh lebih selesa dan ringan
3. Memulihkan saraf dalam tubuh manusia
4. Memulihkan sistem badan berfungsi dengan baik
5. Melancarkan pengaliran oksigen ke seluruh tubuh bagi membolehkan badan kembali sihat
6. Menambah dan menguatkan daya tahan badan supaya dapat mencegah penyakit
7. Merawat pelbagai penyakit.

URUTAN REFLEKSOLOGI

URUTAN TAPAK KAKI


Ketidakselesaan pada telapak dan tulang kaki boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, bahu, tengkuk dan sembelit kerana kesihatan kaki memberi kesan besar terhadap organ dalaman individu.Rawatan refleksologi kaki membantu individu mencapai tahap kesihatan yang lebih berkualiti kerana ia disifatkan sebagai terapi alternatif dengan mengaplikasi urutan pada titik tertentu di tapak kaki.

Refleksologi juga dikatakan sebagai rawatan yang berguna untuk kesihatan badan kerana kajian membuktikan refleksologi membantu mengurangkan tekanan dan mempengaruhi sistem saraf utama supaya kembali kepada kadar yang optimum.
Urutan refleksologi kaki ini sesuai kepada semua peringkat umur selain memberi kesegaran berpanjangan, rawatan berkenaan juga membantu meningkatkan daya ketahanan diri dan menambah keselesaan ketika bergerak. Setiap tekanan pada kedua-dua belah tapak kaki akan dilakukan berulang iaitu tiga hingga lima kali. Tekanan pada 30 titik urutan ini mewakili pelbagai organ dalam badan antaranya hati, pundi kencing, jantung, lutut, siku, tulang belakang, dubur dan kerongkong.

Urutan ini juga sesuai bagi warga tua yang mengalami sakit sendi dan sengal tulang kerana ia mengembalikan semula kedudukan lengkungan tulang pada tapak kaki yang tidak sejajar selain sesuai kepada wanita yang gemarkan aktiviti lasak. Kebiasaannya masalah kaki tidak dapat dikesan dalam tempoh singkat dan kesakitan mula dirasai apabila usia mencecah 30 tahun. Kesakitan kaki mempengaruhi fungsi asas kaki selain membataskan pergerakan.

Langkah pencegahan perlu dengan memastikan otot, tulang, sendi dan ligamen sentiasa terpelihara. Wanita tidak boleh mengabaikan penjagaan kaki kerana ia sama penting dengan anggota badan yang lain seperti wajah, rambut dan kuku. Urutan refleksologi kaki ini dilakukan kurang daripada satu jam. Bagi individu yang mengalami masalah bisa pada bahagian tapak kaki disaran melakukan rawatan ini untuk memperoleh kelegaan. Individu digalakkan minum banyak air masak selepas sesi urutan agar toksin lebih mudah dibuang dari badan.

Kelebihan rawatan
Melancarkan pengaliran darah
Meningkatkan daya tahan individu
Mengurangkan risiko tulang reput
Menyeimbangkan kedudukan badan
Melancarkan pergerakan
Menguatkan otot kaki
Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
Menguatkan tulang dan pinggul
Mengurangkan risiko sakit sendi
Mengurangkan rasa letih
Mengelak risiko sembelit
Mengurangkan masalah usus
Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan.
Refleksologi: Kenali Titik Refleksi Anda

Hubungi Puan Ida:012-2354825( urut tradisional wanita/bekam wanita)
Hubungi Muallij nasa:017-7170534( urut refleksologi/bekam lelaki dan rawatan altenatif islam)

Keutamaan Bekam Ala Rasulullah SAW

BEKAM UNTUK MENGATASI BERBAGAI PENYAKIT




















Sejarah Bekam
Sebahagian orang Indonesia menyebut terapi bekam ini de-ngan nama terapi al-hijamah seperti kata aslinya dari bahasa Arab. Ada juga yang menyebutnya dengan nama terapi kop, cantuk dan banyak istilah lainnya. Terapi bekam ini sudah dikenal sejak zaman dahulu kala, yaitu sejak kerajaan Sumeria, kemudian terus berkembang sampai Babilonia (Irak sekarang), Saba (Yaman), Persia (Iran sekarang) dan Mesir (catatan text book kedokteran tertua Ebers Papyrus yang ditulis sekitar tahun 1550 S.M. Di Mesir kuno menyebutkan teknik pengubatan dengan cara berbekam).
Para ahli sejarah mengatakan bahawa Hippocrates (460-377 S.M.), Celsus (53 S.M.-7 M.), Aulus Cornelius Galen (200-300 M.) telah mempopulerkan cara pembuangan darah secara langsung dari pembuluh darah (vena section). Terapi seperti ini pernah dilakukan di zaman Rasulsaw. Jabir berkata bahwa Rasulullah saw pernah mengutus seorang doktor untuk menemui Ubay bin Ka'ab. Kemudian doktor tersebut melukai pembuluh darah Ubay bin Ka'ab (mengambil darahnya). Dari Jabir ia berkata, "Rasulullah pernah mengutus seorang doktor untuk menemui Ubay bin Ka'ab. Kemudian doktor tersebut mengeluarkan darah dari vena sectionnya." (HR Muslim).
Pada zaman China kuno, orang-orang China menamainya dengan istilah “perawatan tanduk”. Kerana mereka juga menggunakan tanduk sebagai cara untuk berbekam. Kini pengobatan bekam telah dimodifikasi dengan sempurna dan mudah pemakaiannya sesuai dengan kaedah-kaedah ilmiah dengan menggunakan suatu alat yang mudah dan efektif.

Pengubatan bekam merupakan pembersihan darah, yakni salah satu cara untuk menyembuhkan penyakit dengan cara pelepasan atau membersihkan darah statis (penyumbatan darah), angin, atau toksin dan toksid dalam badan. Darah kotor atau toksid harus dikeluarkan dari tubuh kita kerana merupakan penyebab terjadinya penyakit, dimana sistem peredaran darah tidak berjalan dengan lancar. Pengeluaran darah statis tersebut dilakukan melalui permukaan kulit dengan cara menyedut atau menghisap. Adapun prosesnya dengan menggunakan alat yang berbagai jenis,seperti dari tanduk, gelas kaca,bambu atau lintah. Kini pengobatan bekam telah dimodifikasi dengan sempurna dan mudah pemakaiannya sesuai dengan kaedah-kaedah ilmiah dengan menggunakan suatu alat yang praktis dan efektif. Rasulullah bersabda : "Sebaik-baik pengubatan yang kamu lakukan adalah Al Hijamah (bekam).” (HR. Ahmad).

Manfaat Bekam
Seorang pesakit yang pernah berbekam pastinya akan memperoleh manfaat, baik secara lansung atau tidak lansung, disedari maupun tidak disedari, dimana setiap pesakit memperoleh manfaat yang masing-masing berbeza-beza. Adapun beberapa manfaat bekam :
-menghilangkan rasa sakit
-mengaktifkan kembali sel-sel darah putih (leukosit)
-membuang darah kotor (racun/toksid)
-meringankan tubuh
-menajamkan penglihatan iaitu terutama penglihatan yang semakin kabur dan rabun.
-menguatkan sistem kekebalan tubuh
-meringankan otot yang kaku
-menghilangkan pengaruh sihir dan santau.
-memperlancar sistem peredaran darah.
-mencegah timbulnya penyakit berat, seperti darah tinggi, kolekstrol, stroke, kancer,
gout.kencing manis dll.
-meningkatkan daya ingat dan konsentrasi,
-masalah migrain dan pening kepala.
-dll.


Waktu Berbekam
Pemilihan waktu hijamah adalah sebagai tindakan yang baik untuk menjaga kesihatan dan penjagaan diri terhadap penyakit.

1. Ketika sedang sihat. Ketika seseorang sedang sihat boleh juga untuk dibekam, sebagai bentuk pencegahan dari segala macam penyakit.
Dalilnya yaitu sabda Rasulullah saw, :Dari Ibnu Abbas bahwa Rasulullah saw bersabda, "Tidaklah aku melewati sekumpulan para malaikat di malam aku diisrakan, kecuali mereka berkata kepadaku, "Wahai Muhammad berbekamlah." (HR Ibnu Majah).

2. Ketika sedang sakit.Misalnya berbekam pada saat tekana darah sedang naik. Dahulu, Imam Ahmad selalu dibekam pada saat tekanan darah beliau sedang naik. Pada saat sedang sakit, setiap orang sangat dianjurkan untuk berubat, misalnya dengan berbekam.

Adapun hari yang baik untuk berbekam menurut penanggalan Hijriyah yaitu:
1. Isnin,
2. Selasa, dan
3. Khamis.

selain hari tersebut, waktu berbekam paling baik adalah tanggal 15-21 bulan Islam.
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit" (HR. Abu Dawud, (3861), hasan).

Majlis Ilmu, Qiyamullail, Kuliah Subuh Bersama Tn Syeikh NURUDDIN MARBU al-Banjari al-Makki.







DI MASJID AS-SALAM BUKIT SENTOSA, BANDAR BUKIT BERUNTUNG.RAWANG.SELANGOR






PADA
4 JAMADIL AKHIR 1432/8 MEI 2011(AHAD)
MAJLIS ILMU/QIYAMULLAIL DAN KULIAH SUBUH.






ALHMDULILLAH....Syukur kpd ALLAH S.W.T.. Program Bersama Tuan Syeikh Dapat berjalan dengan lancar..Jam 4.00Pagi majlis qiyamullail..sehingga jam 5.30pg..Pda jam 5.45pagi Ketibaan Tuan Syeikh dan disambut oleh para jemaah yang hadir..Saya sempat bersalam dengan Ulama besar ini, MasyaAllah sungguh bersih wajahnya dan jelas kelembutan pada raut wajahnya..Selepas Solat subuh Kuliah Subuh Disampaikan Oleh Tuan Syeikh sehingga Jam 8pagi..dan disusuli Solat sunat Dhuha..Selesai Solat sunat Dhuha..majlis pengijazahan HIZIB NAWAWI dan MANZIL oleh Tuan Syeikh...

Jam 9pagi majlis perpisahan dan jamuan makan..sebanyak 2 ekor lembu ditumbangkan..ALHAMDULILLAH masakan yang sungguh enak..REZEKI ALLAH...

TERAPI RUKYAH SYAR'IYYAH + BEKAM DARAH





Assalamualaikum..Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W..syukur ke hadrat ALLAH S.W.T yang masih memberikan kita kesihatan yang baik yang membolehkan tunduk sujud dan melaksanakan perintahnya..Sedikit perkongsian yang tidak sebarapa ini...memandangkan saya ni x lah pandai sgt membuat karangan cerita ni.


Perkongsian ini tentang kaedah rawatan alternatif berteraskan quran dan sunnah beserta bekam darah..


Pesakit ini merupakan seorang pelajar di salah sebuah universiti..hasil dari kaji selidik dan juga rawatan beliau terkena gangguan jin dan juga terkena bisa-bisa ..mengapa ini boleh terjadi..jadi saya kupas serba sedikit..beliau telah pulang ke kampung nya semasa cuti semester..di waktu cuti itulah menurut beliau..dimana beliau ada mengikut makciknya berubat org sakit..apatah lagi bapa sedang sakit dikampung..menurut beliau arwah datuknya telah mewariskan makciknya ilmu rawatan..mmmm dari situ firasat saya mengatakan apa yang dikatakan adalah benar..kebiasaannya selepas solat isyak atau sebelum memulakan rawatan terlebih dahulu saya melakukan solat hajat agar ditunjukkan kebenaran..jadi semasa pesakit berhadapan dengan saya dari segi wajah saya sudah boleh membaca serba sedikit apa yg dihadapi..untuk mensahihkan lagi saya bertanya kpd pesakit..beberapa soalan..ternyata benar..


rawatan dimulakan dengan bacaan dengan niat dan doa dan rukyah ringkas untuk mengesan samaada jin itu ade didalam tubuh atau tidak..apa yang pesakit hadapi sewaktu rawatan beliau kesakitan yang amat sangat di setiap sendi..begitu juga ada seperti bergerak2 disetiap sendi..(dalam hati ku berkata makciknya mengamalkan pendamping untuk mengubat org sakit)sewaktu ayat dibacakan secara perlahan...diwaktulah itulah beliau merasakan kesakitan seperti benda bergerak didalam tubuh beliau..


selepas dirukyah dan diberi air penawar saya menumpukan rawatan secara kebatinan untuk memusnahkan segala bisa-bisa di dalam tubuhnya..setelah 20minit rawatan..saya berikan pesakit air penawar+madu yang telah didoakan..


Rawatan susulan adalah bekam darah dibahagian tengkuk dimana disitulah tempat ia berpaut dan sarangnya..sewaktu proses penyedutan darah disertakan ayat penarik bisa dan penawar bisa dan racun, Dengan Izin ALLAH pesakit kesakitan menjeritan dan menangis..Alhamdullillah sebanyak 2 kali pump pesakit baru merasa lega..darah yang keluar sgt pekat kehitaman dan bertali..ana sapukan sdkt minyak disertakan ayat kesembuhan..Pesakit diberi minum air penawar dan selesai rawatan beliau merasakan segala bisa-bisa dan gangguan dalam tubuhnya serta kesakitan dibahagian belakang badan dan terutama tengkuknya telah hilang..beliau menceritakan bagaimana sukar untuk bersolat dan belajar sewatu kuliah..Saya bekalkan beliau ayat2 pelindung diri dan amalan2 lain di sampingkan rajin solat..Sekian shj yang dapat saya kongsikan..Sesungguhnya ALLAH itu Maha melihat segala perbuatan makhluknya..




Kepada muallij muda yang ingin berkongsi cara rawatan bolehlah hubungi saya..hanya utk perawat baru shj...Sebab saya bukan bertaraf guru..hanya berkongsi ilmu shj..ilmu saya tidaklah tinggi..




kepada pesakit/sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan dengan saya bolehlah hubungi saya:Muallij nassa..tel 017-7170534(sms)

Perkongsian Kebaikan Bekam Sunnah

Masa Rawatan: Selepas Solat Magrib (Selepas pulang dari surau) Tempat: Di rumah Alhamdulillah serba sedikit saya ingin berkongsi dengan rawatan bekam yang saya lakukan pd 27/3/2011. Seorang pesakit telah datang kerumah berjumpa untuk mendapatkan rawatan pada waktu petang.kebetulan waktu itu saya ada dirumah, pesakit memberitahu kepalanya kerap sakit dan tidak tertahan.menurutnya sakitnya dah lama dan mengambil panadol sebagai penahan sakit. Saya bertanya dah jumpa ker doktor?katanya bila jumpa doktor diberi ubat..tapi sakitnya datang semula. Ini membuatkan beliau kadangkala tidak dapat menumpukan perhatian pada kerja dan apabila dirumah, sewaktu hendak berehat kepalanya berdenyut sehingga hendak solat, tidur pun terganggu akibat kesan sakit. Oleh itu ana syorkan datang selepas solat maghrib.selepas saya pulang dari surau pesakit sudah menunggu saya. Rawatan dimulakan.biasanya Saya mulakan dengan rukyah ringkas memohon dari ALLAH sekiranya ada gangguan lain..Alhamdullilah pesakit bebas dari gangguan.. Rawatan bekam dilakukan pada bahagian pundak kepala. Rambut dimesin dan di cukur licin agar mudah untuk proses bekam. Pesakit tidak pernah berbekam sebelum. Jadi saya terangkan serba sedikit kebaikan bekam sunnah ini. Proses bekam ini hanya menggunakan pen bekam yang di isi jarum yang boleh di selaraskan mengikut nombor bg tusukan jarum, kaedah ini lebih selamat n pesakit tidak rasa kesakitan malah darah kotor akan keluar secara maksimum.MasyaAllah..darah yang disedut terlalu banyak.kehitaman dan berbuih-buih.banyak darah kotor bercampur angin yang keluar..5 kali pump ana buat.biasanya 3 x jer pump..Isterinya dan anaknya melihat betapa banyaknya darah kotor yang keluar..apa yang menariknya sewaktu ana pump darah..bersendawa pesakit kesan angin buih2 bercampur darah yang keluar..kemudian ana lanjutkan dengan bekam di tengkuk..Alhamdulillah kesan sakit yang dihadapi pesakit HILANG waktu itu juga sewaktu ana pump yang ke5..Alhamdullilah..sesungguhnya kesembuhan itu datangnya dari ALLAH SWT. Apa yang dihadapi disini oleh pesakit tersebut gangguan sakit kepala adalah disebabkan darah kotor dibawah lapisan kulit, angin, toksid2 yang menyebabkan gangguan pelancaran darah..Inilah kelebihan bekam sunnah kaedah cara Nabi. Hubungi saya:Muallij nasa di talian 017-7170534 tel/sms

QASTURI HERBS SABUN TERAPI BIDARA

QASTURI HERBS SABUN TERAPI BIDARA

SABUN TERAPI BIDARA

[QASTURI HERBS Sabun Terapi Bidara]

HargaRM17.00 sebuku Semenanjung/ RM19.00 Sabah/Serawak [Min:2 buku]

Harga Borong/Pengedar
a) Pembelian min20-49 buku (RM 14.00 setiap satu)

b) Pembelian 50buku keatas RM12.00 setiap satu)

Sesuai Pada semua Golongan [Lelaki atau Wanita/Kanak/dewasa/pelbagai kaum]

Bahan campuran:-
Adunan dari extra minyak zaitun, habbatussauda,minyak Aroma Pati Bunga -bungaan terpilih serta bahan utama minyak daun Bidara, diperkuatkan dengan doa2 pilihan sebagai penawar kesembuhan.

Khasiatnya:-

a) Iktiar bagi masalah gangguan sihir/ saka/ histeria/sawan tangis/kemurungan

b) merapatkan keharmonian rumahtangga

c) membantu mengurangkan stress dan keletihan

d) memberikan kesegaran dan keyakinan diri

e) menaikkan seri wajah yang kusam dan lesu

f) menyingkirkan aura negatif dan membuka aura positif

g) membersihkan dan melembutkan kulit

h) ikhtiar bagi masalah kulit sensitif

i) haruman yang menenangkan minda.

Cara guna:-

-buat mandian seperti biasa samaada nak guna syampo atau sabun lain jenis pun boleh kemudian bilas dengan air bersih, kemudian buihkan sabun Aromaterphy dan gosokkan pada seluruh anggota badan terutama pada bahagian wajah (dilebihkan), biarkan selama 2-5minit agar resapan aura/wangian sabun meresap kedalam minda.kemudian bilas dengan air bersih (seeloknya mandi diwaktu pagi sebelum subuh dan selepas asar sebelum jam 11malam)

Sabun ini sebagai satu ikhtiar kepada ALLAH yang pentingnya amalan kita, hendaklah selalu kita berdoa memohon pada ALLAH.

-Jika terasa simptom simptom seperti lesu, mengantuk, muntah, pening, buang air besar, lenguh lenguh badan atau sendi, rasa mengah, jantung berdebar, nafas tersekat sekat, Teruskan juga amalan mandian ini, kerana Sabun ini telah dibacakan dengan ayat2 quran merangkumi pembersihan rohani/dalaman anda.Bertujuan membuang aura negatif yang melibatkan gangguan makhluk halus dimana ia bertindak secara tidak lansung dalam menolak keluar aura negatif dan membangkitkan aura positif.

Produk ini telah ditestimoni..jika anda belum tahu khasiatnya anda beli dan cuba.Insyaallah..Sesungguhnya ALLAH itu maha berkuasa keatas setiap makhluknya.

Untuk tempahan atau menjadi pengedar sila hubungi muallij nasa 017-7170 534.

Garam Bukit Aromaterapi

Garam Bukit Aromaterapi
Garam Bukit Aromaterapi (Mandian dan Rendaman Kaki)100%tulin
Campuran garam bukit asli dan wangian terapi herba tumbuh-tumbuhan]
[harga istemewa RM20.00 bagi semenajung] [RM22.00 bagi sabah & sarawak] [ tidak termasuk pos laju]
Telah diproses dan ditenagakan dengan kaedah doa, solat hajat, selawat syifa, rukyah syar'iyyah dan bacaan ayat2 suci (syifa')

Cara penggunaan untuk mandian:-
Untuk mandian badan masukkan 1- 2 genggam garam kedalam tab mandian dengan air secukupnya agar garam dapat dilarutkan secukupnya. Biarkan selama 10-15minit. Setelah garam larut, isikan air panas mengikut suhu badan dan kacau sehingga garam tersebut menjadi larut.

Mandian- Mandi dengan air bancuhan garam bukit, biarkan air meresap ketubuh badan selama beberapa minit kemudian bilas dengan air biasa.

Khasiat- Mengembalikan tenaga yang hilang, melindungi kulit dari kering, penyeri diri, penyegar diri, mengembalikan semangat dan menghilangkan keletihan dan melancarkan peredaran darah, merawat masalah gangguan makhluk jin dan syaitan, membantu memulihkan kemurungan, tekanan dll.

Cara penggunaan untuk rendaman kaki:-
Sediakan baldi atau besen yang boleh dimasukkan kedua belah kaki, masukkan 1 genggam garam kristal dan masukkan sedikit air biasa & campurkan air panas sekadar yang anda boleh tahan kira kira paras buku lali=-kacau mengikut lawan jam sehingga sebati.

Rendaman-Rendam kaki selama 20-30minit kemudian bilas dengan air biasa. Seeloknya dibuat pada waktu rehat atau sebelum tidur.

Khasiat-melancarkan peredaran darah, membantu membuang toksin dari badan & dapat mengelakkan virus, melegakan kesakitan otot, sakit-sakit sendi, sengal-sengal & kekejangan otot kaki, mengurangkan kesakitan & keletihan kaki setelah seharian bediri & berjalan, membantu merawat tumit kaki yang pecah/merekah dan lain lain khasiat(dengan izinnya)

Ia amat berkesan dalam merawat para wanita yang mengalami masalah haid tidak teratur/senggugut/haid tidak berhenti samaada akibat dari gangguan jin/sihir/saka atau penyakit fizikal.

Kebaikan Garam Bukit - Mempunyai 84 jenis mineral yang tidak terdapat dalam garam biasa -Mengimbangkan tekanan darah -Meningkatkan kekuatan badan dan oksigen di dalam tubuh -Menguatkan struktur tulang -Kardiovaskular -Angin ahmar, Migraine -Kencing manis, Darah tinggi, Gout dan Batu karang -Kecantikan dan kesihatan kulit dan dalaman -Meleraikan gumpalan sel sel darah merah -Menganjalkan saluran darah -Melarutkan sebarang pengumpulan kalsium dalam darah -Membekal zat mineral berbentuk ionik yang seimbang -Melaraskan kelancaran sistem saraf -Membantu pembaharuan sel sel -Membantu pergerakan otot otot usus -Membantu penyerapan vitamin dengan lebih sempurna -Membantu dalam penyembuhan kulit Dan Lain lain Khasiat dengan IZINNYA..Jika digunakan secara berterusan.

Untuk rawatan melibatkan gangguan makhluk halus/sihir/saka buat rendaman/mandian amalkan sekerap yang mungkin secara berturut turut dan lakukan ulangan dengan kekerapan untuk proses penyembuhan.

Bagi anda yang mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, gout, penyakit jantung, sakit otot, mengatasi masalah kaki berbau, sakit tumit, sakit sendi dan sebagainya.Sila buat rendaman kaki selama 30minit selama 7 malam berturut turut dan lakukan kekerapan amalan mandian/rendaman untuk proses penyembuhan.

Rawatan bagi anak anak/orang dewasa yang Demam panas.
A) Sediakan 1 beg kecil ais batu.
B) Ambil 2 -3 genggam garam dan masukkan dalam baldi, kemudian ambil 1 jug/kole besar air panas, tuangkan kedalam baldi dan kacau sehingga sebati.
C) Kemudian tadahkan air paip sehingga paras separuh baldi dan masukkan ais batu dan kacau lawan jam agar ais cair.
D) Mandi biasa terdahulu kemudian gunakan Bahan campuran diatas sebagai Bilasan.
Tempahan:- 017-7170534

PRODUK PIK-PROMOSI KASTURI KIJANG DAN ZAFFARAN

PRODUK PIK-PROMOSI KASTURI KIJANG DAN ZAFFARAN

HARUMAN KASTURI AS'SYIFA 1437H

Terdapat 5 jenis haruman kasturi as'syifa PIK

Pilihan A:- (Sesuai untuk Kaum Adam & Gangguan)
1) Kasturi Kijang Asli As'syifa =rm15.00 Sem/ RM16.00 SS [ 1 botol]
2) Zaffaran As'syifa=rm15.00 Sem/ RM16.00 SS [ 1 botol]

Pembelian mana mana di atas Pilihan A
* min 3-5 botol harga tetap sama seperti di atas.
* 6-29botol harga rm13.00 Sem/ RM14 SS [1Botol].
* Lebih dari 30 Botol RM9.00 [1 Botol].

Pilihan B:-(Sesuai Untuk Kaum Hawa dan Gangguan)
3) Kasturi Putih As'syifa =RM 15.00 Sem/rm16.00 SS [ 1botol]
4) Kasturi Susu As'syifa =RM15.00/ RM16.00 SS [1 botol]

Pilihan C:- ( sesuai pada yang ada gangguan Berat)
5) Kasturi Hitam As'syifa =RM15.00 Sem/ RM16.00 SS [1 botol]

Pembelian mana mana di atas Pilihan B & C
* min3-95botol harga tetap sama seperti diatas.
* 6-29botol harga RM13.00 Sem/ RM14 SS [ 1 botol].
* Lebih dari 30 Botol RM9.00 [ 1 botol].

Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah sewangi wangi dan sebaik baik haruman sebagaimana sabda nabi SAW:- "Sebaik baik wangian adalh minyak kasturi"(hadis riwayat muslim)

Kasturi As'syifa PIK adalah wangian kasturi terdiri dari zaffaran, kijang asli, putih asli, susu, hitam yang telah didoakan dengan surah alquran, ayat ayat rukyah syariyyah, ayat ayat syifa, asmaul husna, hizib hizib,doa syifa, ayat ayat bismillah, selawat pilihan serta telah solat hajat untuk memperkuatkan lagi khasiat dengan tujuan perlindungan pada diri & keluarga, hajat, penyembuhan dalam perubatan islam

Khasiat Kasturi As'syifa PIK
-Memberi kekuatan pada roh
-Menenangkan jiwa
-Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
-Menghentikan bayi menangis akibat gangguan
-Menghilangkan debaran jantung
-Menghilangkan sesak nafas/melegakan asma (Lelah)
-Menyedarkan orang pengsan
-Menguatkan organ luaran & dalaman tubuh
-Menghilangkan sejuk tubuh
-Memelihara kesihatan secara keseluruhan
-Meredhakan ALLAH swt, disukai para Malaikat dan orang soleh, dapat menghindari dari Jin/Sihir/Pukau/Histeria/Santau dsb.

Harga diatas tidak termasuk Pos laju, Nilai Pos mengikut berat dan kawasan semenanjung/ SS.

Hubungi Al-Muallij Nasa 017-7170534 untuk sebarang pertanyaan/Tempahan.