Rawatan Pesakit dan Pembersihan Rumah.

Kisah Rawatan ini bermula pada minggu ke 2 Raya Idul Adha..Rawatan dibuat di klang di salah sebuah rumah(dirahsiakan), Kebetulan waktu itu saya cuti beberapa hari..Inilah antara rawatan yang boleh dikatakan gangguan makhluk disebabkan amalan/ilmu salah yang diamalkan..Dipendekkan cerita sewaktu sesi rawatan terhadap pesakit dan pembersihan rumah terdapat getaran yang dirasai seperti ada gangguan dalam rumah tersebut yang menyebabkan makhluk tersebut mengganggu beliau dan mengambil barang berharga beliau secara tiba2 ghaib sebelum ini.
Setelah selesai merawat beliau dan diberi sedikit air rukyah saya menyoal beliau dan setika beliau mengalirkan air mata dan mengaku ada mengambil amalan diwaktu dulu..apa amalannya (dirahsiakan), begitu juga suaminya dulu. Saya mengatakan bahawa terdapat barang (tangkal) ada didalam bilik beliau dan terasa pada almari pakaian beliau..Lalu beliau pun teringat ada menyimpan sesuatu dalam almari tersebut yang sudah lama disimpan..
MasyaAllah sebanyak 3 tangkal yang dijumpai, 1 tangkal beikat kain merah, 1 tangkal berikat kain kuning, 1 tangkal kacip berkepala ayam seperti gunting kecil yang biasa di gantung atas pintu..dimulakan dengan doa saya membuka perlahan lahan dan dipotong tali ikatan kain tersebut..didalamnya rupanya terdapat wafak yang ditulis bercampur aduk dengan ayat quran..Menurut beliau tangkal kuning beliau ambil dengan seorang Bomoh keturunan jawa, yang berwarna merah beliau sudah lupa.begitu juga dengan kacip kepala ayam..Ketiga3 tangkal dan wafak tersebut saya tawarkan kedalam air yang telah dijampi dan menyuruh beliau membuang kesemuanya kedalam sungai kecuali kacip yang masih disimpan setelah ditawar dengan air jampi..
Dikesempatan masa saya gunakan ilmu dakwah dan tarbiyah dimana selama perbuatan tersebut adalah haram disisi ALLAH..Mujurlah beliau sudah bertaubat, disebabkan beliau sudah bertaubat dan selalu ingin solat itulah yang membuatkan makhluk tersebut menjadi panas dan mengganggunya...
Kejadian dan rawatan ini disaksikan oleh ahli keluarga dan cucu2 beliau..dan saya menyarankan agar beliau minum air yang telah dirukyah setiap pagi dan sebelum tidor disusuli dengan niat dan doa serta amalan lain.Mudahan ALLAH mengampunkan dosa2 mereka..APAKAH AMALAN SEWAKTU DULU YANG DIAMBIL OLEH PASANGAN INI..SAYA RAHSIAKAN..mudahan dijadikan iktibar dan tanyalah pada yang arif tentang agama.kerana sejak akhir ini banyak didada akhbar kisah ditipu bomoh syirik yang menyamar ustaz..
WALAHUALAM.mudah2an kita semua mendapat hidayah dan petunjuk dari ALLAH s.w.t.
Rawatan Resdung/Gurah Mengikut Kaedah perubatan Rasullah

Menurut Riwayat Sahih bahawa baginda Nabi s.a.w Bersabda:maksudnya: " Cara pengubatan yang paling elok buat kamu adalah berbekam dan qist(bersifat kering).Jangan sakiti anak anak dengan membiarkan mereka diserang penyakit Uzrah(penyakit bahagian kepala)
Di dalam kitab As sunan dan As Musnad diriwayatkan menerusi hadis Jabir bin Abdillah diriwayatkan bahawa ia mengkhabarkan: Rasullah s.a.w pernah menemui Aisyah yang ketika itu menemani seorang bayi yang hidungnya mengeluarkan darah. Rasullah s.a.w bertanya: "Ada apa ni?" Aisyah menjawab: " Ia diserang penyakit uzrah atau penyakit bahagian kepala."Baginda s.a.w bersabda yang makudnya:
" Celaka kamu, jangan kamu bunuh anak anak kamu, Wanita mana pun yang anaknya diserang penyakit uzrah atau sakit dikepala hendaklah mencari qisth India, dicampur dengan air lalu diguna sebagai gurah, " Lalu Aisyah menyuruh agar dicarikan bahan tersebut dan digunakan untuk merawat bayi itu. Bayi itupun sembuh.
Ringkasan: Gurah adalah sejenis ubat yang dititiskan kedalam hidung, merupakan daru gabungan beberapa bahan, ditumbuk, diayak, diadon dan dikeringkan terlebih dahulu.selepas itu barulah digunakan.dimana caranya disedut kedalam hidung dan melalui teknik picitan.agar ubat gurah ini boleh lansung masuk ke otak, penyakitnya akan dikeluarkan melalui bersin atau semburan hidung.
Nabi s.a.w memuji cara perubatan dengan cara gurah ini sebagaimana disebut oleh Abu Daud dan Sunannya bahawa Nabi s.a.w pun pernah berubat dengan gurah..
Jika anda diluar sana yang ada masalah seperti kerap bersin, hidung, mata atau bahagian muka terasa gatal dan tidak selesa datanglah ke Pusat Rawatan dan Terapi Islam Kasturi. Disini saya merawat penyakit yang sinonim dalam masyarakat kita iaitu RESDUNG.dimana kaedah rawatan ini menggunakan herba herba campuran mengikut kaedah perubatan nabi s.a.w dan digabungkan dengan kaedah bekam lilin untuk menyedut hama hama dipermukaan muka.dan dibersihkan muka dengan menggunakan sabun herba.
Sebarang pertanyaan sila Hubungi Muallij Nasa 017-7170534 (tel/sms)
RESDUNG - Risiko jangkitan otak
ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam.
Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka.
Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.
``Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.
``Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,'' kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.
Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.
Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.
Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.
Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.
``Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.
``Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria,'' katanya
resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya.
Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung.
Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan' tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya.
Katanya, apabila gejala resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut.
Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari.
``Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.
Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian tanda-tanda resdung akut.
Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda.
Jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itu resdung.
``Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada tiga bulan, resdung akut boleh menjadi kronik.
Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.
cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.
Gejala resdung:
* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
Punca resdung:
* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
Komplikasi resdung:
* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak
Di Pusat Rawatan Alternatif Islam Kasturi menawarkan rawatan secara membuang lendiran didalam rongga hidung disusuli dengan kaedah terapi bekam lilin yakni menyedut hama didalam lapisan kulit muka disamping mencuci muka dengan sabun yang disediakan..1 SESI RM25. Hubungi Muallij Nasa : 017-7170534/ Pn Ida : 013-3455280
Sekitar Ibadah Qurban Di Padang Lapang Masjid As Salam Bukit Sentosa..lebih 500Umat islam yang Hadir Disertakan dengan jamuan makan tengah hari yang sungguh istemewa..
BERGAMBAR BERSAMA USTAZ AHMAD (MERANGKAP SAHABAT&GURU)SEMINAR INI TELAH DIANJURKAN OLEH PIHAK JAIS YANG DIADAKAN DI HOTEL DE PALMA INN SHAH ALAM, TOKOH PENYAMPAINYA TIDAK ASING LAGI YANG CUKUP DISEGANI DAN DIKENALI, BEGITU JUGA DARI PIHAK JAIS (PENOLONG PENGARAH & TUAN PENGARAH) DENGAN PENYAMPAIANNYA YANG CUKUP MANTAP ISINYA YANG MENYENTUH ISU ISU SEMASA..DENGAN ADANYA SEMINAR SEPERTI INI BANYAK ILMU YANG DAPAT DIMANFAATKAN WALAUPUN MASANYA AGAK TERHAD..
URUTAN REFLEKSOLOGY CARA KAMPUNG.....

REFLEKSOLOGI : KENALI TITIK REFLEKSI ANDA.
Anda pasti pernah mendengar tentang urut refleksi, salah satu rawatan tradisional utk menyembuhkan penyakit. Orang dulu-dulu walaupun tak menggunakan perubatan moden, tapi mereka mampu juga menyembuhkan berbagai jenis penyakit dgn rawatan tradisional. Misalnya dengan cara mengurut, minum jamu yg diperbuat dari daun-daun kayu atau akar tumbuhan, berbekam, tusukan jarum (akupunktur), refleksologi dll.
Kali ni saya cuma nak kongsikan info tentang ilmu refleksologi; iaitu mengurut titik refleksi yang terdapat di sekitar tapak kaki pesakit. Cara pengubatan ini berasal dari China dan telah diamalkan beribu tahun lamanya sebelum berkembang ke seluruh dunia (lagipun orang Cina kan bertaburan di seluruh pelusuk dunia).
Antara keistimewaan pengubatan secara urut refleksi ni adalah ia ’selamat dan mudah’, sebab tak perlu makan sebarang ubat, boleh dilakukan tak kira orang tua, muda mahupun bayi, cuma rasa sakit sikit la semasa diurut. Tapi sebenarnya rasa sakit itu tandanya ada yang tak kena dengan kesihatan tubuh badan anda.
Maksud Titik RefleksiMaksudnya adalah ‘titik pusat urat saraf’. Setiap titik ada kaitan dengan organ tubuh tertentu, jadi dengan mengurut bahagian refleksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit. Kenapa boleh jadi macam tu ye, ianya sukar dijawab kerana selalunya kaedah perubatan tradisional sukar dihuraikan secara ilmiah, walaupun ia terbukti berkesan merawat sesuatu penyakit.
Pentingnya Perjalanan Darah yang LancarUntuk membolehkan badan kita berfungsi secara normal, setiap organ memerlukan darah kerana darahlah yang membawa zat makanan yang diperlukan oleh badan seperti oksigen, hormon, antibodi serta membawa keluar bahan buangan kotor(toksin) dalam badan. Lancarnya perjalanan darah maka makin sihatlah badan kita. Jika salah satu organ badan sakit, maka ia memerlukan perjalanan darah yang lancar untuk membantu menyembuhkan penyakit itu.
Tanda-tanda sakit semasa diurut.Seperti yang disebutkan tadi, jika perjalanan darah tak lancar, organ tubuh akan terhalang dari mendapat zat makanan, manakala bahan buangan yang patut dikeluarkan tertahan-tahan maka kotoran/toksin tu mendap dalam saluran darah. Maka fungsi bahagian badan anda akan terganggu sebab tak cukup darah dan zat makanan, lalu timbullah penyakit.
Biasanya orang yang dah tahap sifu dalam bidang ni boleh tahu seseorang tu sakit apa, dengan hanya meraba/picit tapak kaki orang tu. Sebabnya titik refleksi yang sakit akan rasa macam berpasir, maksudnya ada mendapan toksin dalam saluran darah. Jika rasa sakit semasa diurut, itu tandanya bahagian badan berkenaan ada penyakit. Jadi itulah perlunya ia diurut untuk melancarkan perjalanan darah supaya darah terus membawa zat makanan manakala mendapan toksin dapat dikeluarkan.
-Digalakkan minum banyak air masak selepas sesi urutan agar toksin lebih mudah dibuang dari badan.

Kisah ini bermula sewaktu selepas solat maghrib dimasjid, didatangi seorang jemaah masjid meminta bantuan ipar sahabatnya(wanita)terkena histeria, ketika itu waktu solat isyak semakin hampir, saya memberitahu rawatan akan dibuat selepas solat isyak, selesai solat isyak dan solat sunat disertakan dengan zikir2 doa pelindung dipermudahkan segala urusan rawatan yang akan saya hadapi dirumah pesakit tersebut.
Jam 9.30 mlm tiba diperkarangan rumah pesakit, terasa akan kehadiran makhluk halus dalam rumah tersebut..dimulakan dengan salam dan selawat beserta doa dimulakan langkak kanan kedalam rumah..ramai juga ahli keluarga dalam rumah tersebut dan mereka tidak berani menyentuh pesakit kerana pesakit meracau racau, sewaktu saya mendekati pesakit, tiba2 pesakit bangun melarikan diri ke pintu rumah untuk keluar..sambil meracau untuk keluar..saya menyuruh beberapa org memegang pesakit tersebut..hampir 4 lelaki memegang tetapi kudratnya cukup kuat..dengan pekikan dan meronta ronta untuk dilepaskan apatah lagi suaranya yang garau mengecutkan ahli2 keluarganya..lalu saya mulakan dengan rukyah ringkas dan menegaskan jika engkar berdiam maka saya akan tidak teragak2 untuk menyiksa..
pesakit yg kerasukan mula tunduk dan patuh dengan kata2 saya..sesi dialog dimulakan sambil beberapa org mengawal..saya mengarahkan supaya tidak memegang pesakit kerana sudah dipasak agar tidak melarikan diri..dalam sesi diolag jin tersebut mengatakan ia adalah kafir dan tinggal dikawasan tasik disekitar perumahan Bukit Sentosa.Jin tersebut adalah jantan dan mendiami kawasan tasik tersebut dan seperti tidak mahu lepaskan pesakit tersebut..Jin itu mengatakan hendak membawa wanita yg dirasuknya ke alamnya dan mahu tinggal bersama..Akibat kedegilannya itulah saya mula menyiksanya dengan ayat azab disusuli zikir..sehinggalah jin tersebut lemah dan mula berinteraksi semula bahawa wanita ini telah melalui kawasannya sewaktu senja..sesi diolag berterusan hampir 10minit disusuli dengan dakwah dan akhirnya ia bersetuju untuk keluar dari tubuh pesakit diikuti ikrar walaupun ia tidak mahu memeluk islam dan kembali ke tempat tinggalnya ditasik tersebut..
Pesakit mula sedar seperti sediakala dan saya berikan air yang telah dirukyah serta amalan pelindung diri..Rawatan susulan keesokkannya dirumah saya untuk memastikan tahap kesembuhan...
Pengalaman diatas adalah sebagai iktibar kita sebagai manusia hendahlah tahu batasan waktu termasuk apabila melalui tempat2 tertentu..seperti rumah kosong, tasik. kolam, hutan, kebun, hutan dan sebagainya..kerana ia kebiasaannya tempat tinggal makhluk halus...
POINT BEKAM THIBBUN NABAWI - UMMU MUGHTIS (Kepala)Dari Ibnu Umar RA bercerita bahawa : "Nabi Muhammad SAW pernah berbekam di kepalanya dan menyebutnya dengan UMMU MUGHTIS"Point tersebut berada di ubun-ubun dan bermanfaat untuk mengatasi penyakit Angin Ahmar,Hipertensi,Pening Berpusar,Migrain dan juga Sihir.
SABUN TERAPI BIDARA
[QASTURI HERBS Sabun Terapi Bidara]
HargaRM17.00 sebuku Semenanjung/ RM19.00 Sabah/Serawak [Min:2 buku]
Harga Borong/Pengedar
a) Pembelian min20-49 buku (RM 14.00 setiap satu)
b) Pembelian 50buku keatas RM12.00 setiap satu)
Sesuai Pada semua Golongan [Lelaki atau Wanita/Kanak/dewasa/pelbagai kaum]
Bahan campuran:-
Adunan dari extra minyak zaitun, habbatussauda,minyak Aroma Pati Bunga -bungaan terpilih serta bahan utama minyak daun Bidara, diperkuatkan dengan doa2 pilihan sebagai penawar kesembuhan.
Khasiatnya:-
a) Iktiar bagi masalah gangguan sihir/ saka/ histeria/sawan tangis/kemurungan
b) merapatkan keharmonian rumahtangga
c) membantu mengurangkan stress dan keletihan
d) memberikan kesegaran dan keyakinan diri
e) menaikkan seri wajah yang kusam dan lesu
f) menyingkirkan aura negatif dan membuka aura positif
g) membersihkan dan melembutkan kulit
h) ikhtiar bagi masalah kulit sensitif
i) haruman yang menenangkan minda.
Cara guna:-
-buat mandian seperti biasa samaada nak guna syampo atau sabun lain jenis pun boleh kemudian bilas dengan air bersih, kemudian buihkan sabun Aromaterphy dan gosokkan pada seluruh anggota badan terutama pada bahagian wajah (dilebihkan), biarkan selama 2-5minit agar resapan aura/wangian sabun meresap kedalam minda.kemudian bilas dengan air bersih (seeloknya mandi diwaktu pagi sebelum subuh dan selepas asar sebelum jam 11malam)
Sabun ini sebagai satu ikhtiar kepada ALLAH yang pentingnya amalan kita, hendaklah selalu kita berdoa memohon pada ALLAH.
-Jika terasa simptom simptom seperti lesu, mengantuk, muntah, pening, buang air besar, lenguh lenguh badan atau sendi, rasa mengah, jantung berdebar, nafas tersekat sekat, Teruskan juga amalan mandian ini, kerana Sabun ini telah dibacakan dengan ayat2 quran merangkumi pembersihan rohani/dalaman anda.Bertujuan membuang aura negatif yang melibatkan gangguan makhluk halus dimana ia bertindak secara tidak lansung dalam menolak keluar aura negatif dan membangkitkan aura positif.
Produk ini telah ditestimoni..jika anda belum tahu khasiatnya anda beli dan cuba.Insyaallah..Sesungguhnya ALLAH itu maha berkuasa keatas setiap makhluknya.
Untuk tempahan atau menjadi pengedar sila hubungi muallij nasa 017-7170 534.
Garam Bukit Aromaterapi (Mandian dan Rendaman Kaki)100%tulin
Campuran garam bukit asli dan wangian terapi herba tumbuh-tumbuhan]
[harga istemewa RM20.00 bagi semenajung] [RM22.00 bagi sabah & sarawak] [ tidak termasuk pos laju]
Telah diproses dan ditenagakan dengan kaedah doa, solat hajat, selawat syifa, rukyah syar'iyyah dan bacaan ayat2 suci (syifa')
Cara penggunaan untuk mandian:-
Untuk mandian badan masukkan 1- 2 genggam garam kedalam tab mandian dengan air secukupnya agar garam dapat dilarutkan secukupnya. Biarkan selama 10-15minit. Setelah garam larut, isikan air panas mengikut suhu badan dan kacau sehingga garam tersebut menjadi larut.
Mandian- Mandi dengan air bancuhan garam bukit, biarkan air meresap ketubuh badan selama beberapa minit kemudian bilas dengan air biasa.
Khasiat- Mengembalikan tenaga yang hilang, melindungi kulit dari kering, penyeri diri, penyegar diri, mengembalikan semangat dan menghilangkan keletihan dan melancarkan peredaran darah, merawat masalah gangguan makhluk jin dan syaitan, membantu memulihkan kemurungan, tekanan dll.
Cara penggunaan untuk rendaman kaki:-
Sediakan baldi atau besen yang boleh dimasukkan kedua belah kaki, masukkan 1 genggam garam kristal dan masukkan sedikit air biasa & campurkan air panas sekadar yang anda boleh tahan kira kira paras buku lali=-kacau mengikut lawan jam sehingga sebati.
Rendaman-Rendam kaki selama 20-30minit kemudian bilas dengan air biasa. Seeloknya dibuat pada waktu rehat atau sebelum tidur.
Khasiat-melancarkan peredaran darah, membantu membuang toksin dari badan & dapat mengelakkan virus, melegakan kesakitan otot, sakit-sakit sendi, sengal-sengal & kekejangan otot kaki, mengurangkan kesakitan & keletihan kaki setelah seharian bediri & berjalan, membantu merawat tumit kaki yang pecah/merekah dan lain lain khasiat(dengan izinnya)
Ia amat berkesan dalam merawat para wanita yang mengalami masalah haid tidak teratur/senggugut/haid tidak berhenti samaada akibat dari gangguan jin/sihir/saka atau penyakit fizikal.
Kebaikan Garam Bukit - Mempunyai 84 jenis mineral yang tidak terdapat dalam garam biasa -Mengimbangkan tekanan darah -Meningkatkan kekuatan badan dan oksigen di dalam tubuh -Menguatkan struktur tulang -Kardiovaskular -Angin ahmar, Migraine -Kencing manis, Darah tinggi, Gout dan Batu karang -Kecantikan dan kesihatan kulit dan dalaman -Meleraikan gumpalan sel sel darah merah -Menganjalkan saluran darah -Melarutkan sebarang pengumpulan kalsium dalam darah -Membekal zat mineral berbentuk ionik yang seimbang -Melaraskan kelancaran sistem saraf -Membantu pembaharuan sel sel -Membantu pergerakan otot otot usus -Membantu penyerapan vitamin dengan lebih sempurna -Membantu dalam penyembuhan kulit Dan Lain lain Khasiat dengan IZINNYA..Jika digunakan secara berterusan.
Untuk rawatan melibatkan gangguan makhluk halus/sihir/saka buat rendaman/mandian amalkan sekerap yang mungkin secara berturut turut dan lakukan ulangan dengan kekerapan untuk proses penyembuhan.
Bagi anda yang mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, gout, penyakit jantung, sakit otot, mengatasi masalah kaki berbau, sakit tumit, sakit sendi dan sebagainya.Sila buat rendaman kaki selama 30minit selama 7 malam berturut turut dan lakukan kekerapan amalan mandian/rendaman untuk proses penyembuhan.
Rawatan bagi anak anak/orang dewasa yang Demam panas.
A) Sediakan 1 beg kecil ais batu.
B) Ambil 2 -3 genggam garam dan masukkan dalam baldi, kemudian ambil 1 jug/kole besar air panas, tuangkan kedalam baldi dan kacau sehingga sebati.
C) Kemudian tadahkan air paip sehingga paras separuh baldi dan masukkan ais batu dan kacau lawan jam agar ais cair.
D) Mandi biasa terdahulu kemudian gunakan Bahan campuran diatas sebagai Bilasan.
Tempahan:- 017-7170534
HARUMAN KASTURI AS'SYIFA 1437H
Terdapat 5 jenis haruman kasturi as'syifa PIK
Pilihan A:- (Sesuai untuk Kaum Adam & Gangguan)
1) Kasturi Kijang Asli As'syifa =rm15.00 Sem/ RM16.00 SS [ 1 botol]2) Zaffaran As'syifa=rm15.00 Sem/ RM16.00 SS [ 1 botol]Pembelian mana mana di atas Pilihan A * min 3-5 botol harga tetap sama seperti di atas.* 6-29botol harga rm13.00 Sem/ RM14 SS [1Botol].* Lebih dari 30 Botol RM9.00 [1 Botol].Pilihan B:-(Sesuai Untuk Kaum Hawa dan Gangguan)
3) Kasturi Putih As'syifa =RM 15.00 Sem/rm16.00 SS [ 1botol]4) Kasturi Susu As'syifa =RM15.00/ RM16.00 SS [1 botol]Pilihan C:- ( sesuai pada yang ada gangguan Berat)
5) Kasturi Hitam As'syifa =RM15.00 Sem/ RM16.00 SS [1 botol]
Pembelian mana mana di atas Pilihan B & C
* min3-95botol harga tetap sama seperti diatas.
* 6-29botol harga RM13.00 Sem/ RM14 SS [ 1 botol].
* Lebih dari 30 Botol RM9.00 [ 1 botol].
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah sewangi wangi dan sebaik baik haruman sebagaimana sabda nabi SAW:- "Sebaik baik wangian adalh minyak kasturi"(hadis riwayat muslim)
Kasturi As'syifa PIK adalah wangian kasturi terdiri dari zaffaran, kijang asli, putih asli, susu, hitam yang telah didoakan dengan surah alquran, ayat ayat rukyah syariyyah, ayat ayat syifa, asmaul husna, hizib hizib,doa syifa, ayat ayat bismillah, selawat pilihan serta telah solat hajat untuk memperkuatkan lagi khasiat dengan tujuan perlindungan pada diri & keluarga, hajat, penyembuhan dalam perubatan islam
Khasiat Kasturi As'syifa PIK
-Memberi kekuatan pada roh
-Menenangkan jiwa
-Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
-Menghentikan bayi menangis akibat gangguan
-Menghilangkan debaran jantung
-Menghilangkan sesak nafas/melegakan asma (Lelah)
-Menyedarkan orang pengsan
-Menguatkan organ luaran & dalaman tubuh
-Menghilangkan sejuk tubuh
-Memelihara kesihatan secara keseluruhan
-Meredhakan ALLAH swt, disukai para Malaikat dan orang soleh, dapat menghindari dari Jin/Sihir/Pukau/Histeria/Santau dsb.
Harga diatas tidak termasuk Pos laju, Nilai Pos mengikut berat dan kawasan semenanjung/ SS.
Hubungi Al-Muallij Nasa 017-7170534 untuk sebarang pertanyaan/Tempahan.