Bismillahirrahmanirrahim
Sabda nabi S.A.W sesungguh Amalan Minum madu adalah kesembuhan.
Kajian santifik membuktikan madu mempunyai aktiviti antibakteria. Kajian juga menunjukkan madu mampu mempunyai aktiviti menghalang radangan. Kesan keseluruhannya adalah mengurangkan jangkitan & meningkatkan kemampuan luka untuk sembuh.
Ramai pesakit kencing manis takut nak makan madu. Ubah mentaliti anda. Madu bagus untuk kencing manis!!!!Kenapa madu bagus? Madu mempunyai GI yang rendah dari makanan karbohidrat seperti nasi putih, roti putih, dan kentang bakar. GI ialah faktor ukuran kesan peningkatan gula dalam darah oleh makanan.
Madu yang dihasilkan oleh lebah-lebah adalah "Penawar bagi pelbagai jenis penyakit". Ibnu Sina (Pakar Perubatan Islam, 980-1037 Masihi) telah menulis dalam bukunya "Qanun - Fit - Tib" telah menyebutkan "Berdozen-dozen aduan ubat yang menggunakan Madu Lebah".
Apis atau lebah merupakan satu ciptaan Allah swt dan dikenali kerana madunya. Ia terkenal kerana sebagai satu kelompok masyarakat ia amat berdisiplin dan rajin berusaha dan hasilnya, ia dapat mengeluarkan sesuatu yang mempunyai 1001 khasiat sehingga dalam Al Quran Allah swt. telah mengabadikan satu surah untuk makhluk ini iaitu surah (Al-Nahl) atau Lebah.
Dalam surah ini, Allah swt telah berfirman :-
Firman Allah: (Q:16:68-69)Maksudnya: "Dan tuhanmu memberi ilham kepada lebah "hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang,dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. "Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu"(dengan itu ) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang berfikir

Kebiasaannya saya menyarankan bagi pesakit yang gangguannya kurang kuat ambil dalam 1 sudu besar.sebelah pagi sebelum sarapan dan sebelah malam sebelum tidur.di sertai dengan minum air rukyah.bagi gangguan kes yang agak kuat disarankan agar ambil 5 sudu besar disertai dengan minum air rukyah.boleh ditambah juga dengan memakan buah kurma, buah zaitun dan habbbatus sauda.ini bagi menguatkan tenaga dan juga melemahkan gangguan dalam jasad kita.bahkan memberi kekuatan kepada roh kita, Apatah lagi diperbanyakkan mendengar CD Rukyah yang kini banyak terdapat di pusat R.I. dan juga di pasaran.Banyakkan mendengar ayat suci Al-Quran dan sentiasa dalam wuduk,selalu beramal dengan apa yang telah perawat berikan.zikir2, amalan pendinding diri, bacaan sebelum tidur dan sebagainya.kerana dengan kekuatan dan keinginan pesakit untuk melaksanakan apa yg diajar dan di suruh barulah dengan Izin Allah penyakit tersebut boleh sembuh.Amalkan selalu zikir LAILAHAILLALLAHWAHDAHULASYARIKALAH, LAHULMULKUWALAHULKHAMDUYUKHYIWAYUMIT, WAHUA'LA KULLISYAIIN KODIRR..Amin..
No comments:
Post a Comment