Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua pembaca blog ini, rakan rakan muallij,sahabat2 lama, rakan2 persekolahan.marilah dibulan yang mulia ini kita tingkatkan amalan kita dengan memperbanyakkan amalan solat2 sunat seperti tarawikh, witir, tahajud, dhuha, sunat taubat di samping solat sunat yang lain.Banyakkan menderma serta melakukan amal jariah di bulan yang mulia ini.Segala tutur kata, perbuatan, pergerakan, pendengaran hendaklah dijaga agar puasa yang kita lakukan tidak menjadi sia-sia..Apa yang pentingnya SOLAT 5 WAKTU YANG WAJIB janganlah kita lalai.sekiranya SOLAT 5 WAKTU kita lalai maka sia sia amalan puasa yang kita lakukan melainkan hanya lapar dan dahaga sahaja.Banyakkan zikrullah, membaca al-quran, Selawat keatas rasul junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W, mendengar bacaan al-quran di samping mempertingkat amalan amalan yang lain seperti bersedekah pada anak yatim, tabung masjid, jiran2 yang susah hidupnya dan sbgnya..Semoga kita semua mendapat syafaat dan rahmat serta dlm peliharaannya dari ALLAH S.W.T, Mudah mudahan ALLAH S.W.T mengampunkan segala dosa dosa kita yang lalu..Amin yarabbal alamin..
No comments:
Post a Comment