InsyaALLAH Tanggal 14safar1432 hijrah ( 19 jan 2011) saya sekeluarga akan bertolak ke negeri cik siti wan kembang dan balik bertolak pada awal pagi ahad..selepas solat tahajud...terasa rindu pada diri ini dengan suasana negeri klate ni..ni kampung orang rumah saya..maklumlah raya thn ni di sebelah saya..saya ni org jawa..di jln kebun..dapat isteri org pantai timur..seronok juga dapat jalan2 ke negeri klate ni..jadi sempena cuti raya cina ni..nak baliklah untuk menziarahi keluarga mertua disana..
Serba sedikit nak ceritalah pengalaman saya 5 thn lepas mengenai makanan..banyaklah bezanya..pertama kali menjejaki ke kampung belah isteri..saya di sambutlah dengan penuh adab..maklumlah dalam salasilah keluarga belah isteri, saya adalah menantu atau cucu yang org luar (luar klate) yang pertama, saya dilayan dengan penuh mesra..teringat Allahyarham datuk isteri saya melayan saya dengan baik..bab makanan di klate ni memang beza..bila sarapan pagi ni disana mereka makan nasi berlauk..tapi ana tak biasa sangat lebih2 lagi lauk ikan tongkol lg lah tak makan..tambah pulak macam2 ulam2 nye..dengan budunya, nak cakap tak makan, tak sampai hati..tapi org rumah saya dia dah tau..jd saya pun duduklah semeja dengan ahli keluarganya semua..makanan pun dihidangkan..ada pembantu rumah lg rumah Allahyarham datuk ni.. maklumlah hartawan.. tapi budi bicara membuatkan hati saya tersentuh..tak sampai beberapa minit datang tukang kebun bawa sebungkus plastik...rupa2nya dia belikan kuih muih untuk ana..Alhamdulillah..Allahyarham nilah yang suruh belinya..dia tau ana tak biasa makanan cara klate ni..Yelah berpuluh tahun ana sarapan pagi makan cekodok, lempeng kaprok, mcm2 lempenglah.. yelah makanan jawa.. tempelah, taucu sambal2 tambah pulak pukuk ubi, itu jelah selera ana..
Tapi bila ana hijrah ke kuantan ana sedikit2 membiasakan makanan pantai timur ni..cuma budu ana tak berapa sangat..lain o.k, Yang penting HALAL.2 thn ana hijrah kuantan kemudian sekarang menetap di Rawang, mangan tempelah lagi hari2..
No comments:
Post a Comment