:::: Ahlan Bikum ::: Selamat Datang ::: Ke Blog Rawatan Alternatif Islam Kasturi[PIK Mengucapkan Terima Kasih atas kesudian menziarahi blog PIK Dan Selamat Beramal] PIK Menyediakan Perkhidmatan Rawatan Gangguan jin(sihir/saka/histeria/santau/rasuk dsb) Rawatan Ghurah Cuci suara dan Rawatan Resdung,Terapi Bekam Sunnah & Bekam Thibbun Nabawi serta Urutan Melancarkan Darah Untuk Lelaki, Terapi Bekam Sunnah & Thibbun Nabawi serta Urut Melancarkan darah untuk Wanita serta Menjual Produk-Produk dalam Rawatan Alternatif::::

RAWATAN STROKE DENGAN BEKAM SUNNAH






STROKE atau juga dikenali sebagai angin ahmar jika meyerang akan menyebabkan mangsanya lemah, lumpuh dan boleh menjadi penyebab kepada kematian. Mangsa stroke mengalami lumpuh dan lemah anggota badan sama ada sebelah badan atau keseluruhannya.

Strok juga adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.
Apabila timbunan plak terbentuk di dalam arteri, ia menghalang pengaliran darah, menyebabkan ketulan-ketulan darah beku terbentuk, lalu mengganggu bekalan darah ke otak. Pemulihan awal adalah teramat penting. Setiap mangsa strok mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin. Lebih cepat terapi pemulihan dimulakan; lebih cepat otak dapat mempelajari semula pergerakan normal. Lebih lama terapi pemulihan ditangguhkan, lebih sukar bagi mangsa strok untuk pulih.

MERAWAT PENYAKIT GOUT DENGAN BEKAM SUNNAH












Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout. Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-

:-Serangan akut (tiba-tiba).
:-Serangan kronik yang berpanjangan.

Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.



Bismillahirrahmanirrahim

Sabda nabi S.A.W sesungguh Amalan Minum madu adalah kesembuhan.
Kajian santifik membuktikan madu mempunyai aktiviti antibakteria. Kajian juga menunjukkan madu mampu mempunyai aktiviti menghalang radangan. Kesan keseluruhannya adalah mengurangkan jangkitan & meningkatkan kemampuan luka untuk sembuh.

Ramai pesakit kencing manis takut nak makan madu. Ubah mentaliti anda. Madu bagus untuk kencing manis!!!!Kenapa madu bagus? Madu mempunyai GI yang rendah dari makanan karbohidrat seperti nasi putih, roti putih, dan kentang bakar. GI ialah faktor ukuran kesan peningkatan gula dalam darah oleh makanan.

Madu yang dihasilkan oleh lebah-lebah adalah "Penawar bagi pelbagai jenis penyakit". Ibnu Sina (Pakar Perubatan Islam, 980-1037 Masihi) telah menulis dalam bukunya "Qanun - Fit - Tib" telah menyebutkan "Berdozen-dozen aduan ubat yang menggunakan Madu Lebah".

Apis atau lebah merupakan satu ciptaan Allah swt dan dikenali kerana madunya. Ia terkenal kerana sebagai satu kelompok masyarakat ia amat berdisiplin dan rajin berusaha dan hasilnya, ia dapat mengeluarkan sesuatu yang mempunyai 1001 khasiat sehingga dalam Al Quran Allah swt. telah mengabadikan satu surah untuk makhluk ini iaitu surah (Al-Nahl) atau Lebah.

Dalam surah ini, Allah swt telah berfirman :-
Firman Allah: (Q:16:68-69)Maksudnya: "Dan tuhanmu memberi ilham kepada lebah "hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang,dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. "Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu"(dengan itu ) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang berfikir

Kebiasaannya saya menyarankan bagi pesakit yang gangguannya kurang kuat ambil dalam 1 sudu besar.sebelah pagi sebelum sarapan dan sebelah malam sebelum tidur.di sertai dengan minum air rukyah.bagi gangguan kes yang agak kuat disarankan agar ambil 5 sudu besar disertai dengan minum air rukyah.boleh ditambah juga dengan memakan buah kurma, buah zaitun dan habbbatus sauda.ini bagi menguatkan tenaga dan juga melemahkan gangguan dalam jasad kita.bahkan memberi kekuatan kepada roh kita, Apatah lagi diperbanyakkan mendengar CD Rukyah yang kini banyak terdapat di pusat R.I. dan juga di pasaran.Banyakkan mendengar ayat suci Al-Quran dan sentiasa dalam wuduk,selalu beramal dengan apa yang telah perawat berikan.zikir2, amalan pendinding diri, bacaan sebelum tidur dan sebagainya.kerana dengan kekuatan dan keinginan pesakit untuk melaksanakan apa yg diajar dan di suruh barulah dengan Izin Allah penyakit tersebut boleh sembuh.Amalkan selalu zikir LAILAHAILLALLAHWAHDAHULASYARIKALAH, LAHULMULKUWALAHULKHAMDUYUKHYIWAYUMIT, WAHUA'LA KULLISYAIIN KODIRR..Amin..

RAWATAN RESDUNG/GURAH






Rawatan Resdung hanya RM25

Perawat: Us. Nasa Hj M.Rais

Dibantu oleh isteri saya: Pn Ida

Masa:5.00ptg - 11.30mlm

Sila buat temujanji terlebih dahulu.(h/p:017-7170534/012-2354825 Tel/SMS)

No 66, Jalan Kasturi 3B, Syeksyen BB8, Bandar Bukit Beruntung, 48300 Rawang.Selangor


Resdung ialah merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit.Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka.Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.Simptom resdung ialah seperti sakit kepala, gatal-gatal, rambut gugur, hidung berair, bersin selalu, mulut berbau busuk,mata gatal-gatal,penglihatan kabur,telinga gatal,seluruh muka gatal,jerawat biasa atau batu,muka berbintik hitam,kahak banyak di kerongkong,gatal pada badan tertentu serta hidung berdarah.


Kaedah rawatan resdung yang saya jalankan adalah dengan menggunakan 3 kaedah iaitu :-


1) Mengeluarkan lendiran ibu resdung dengan menggunakan serbuk sumpahan resdung bagi menyelesaikan masalah bersin,selsema dan nafas berbau dan hidung tersumbat.


2) Kaedah bakar hama resdung disekitar hidung dan dahi dengan menggunakan lilin herba resdung.Kaedah ini dapat menyembuhkan sepenuhnya masalah gatal-gatal muka pada kulit.


3) pesakit perlu mencuci muka dengan menggunakan sabun herba selepas rawatan bagi membasmi kuman resdung.


4) Kemudian pesakit akan didedahkan bagaimana untuk menjaga kesihatan serta pantang larang pemakanan dan amal harian untuk penyembuhan resdung.

BEKAM SUNNAH-AL HIJAMAH







Bismillahirrahmanirrahim
Perkhidmatan Bekam Sunnah Di Rawatan Islam Kasturi

Pembekam: Us. Nasa
Pembekam wanita: Pn Ida

No h/p:017-7170534
No h/p:014-2156202
Alamat: No 66, Jalan Kasturi 3B, Seksyen BB8, Bandar Bukit Beruntung, Rawang. Selangor

Waktu Rawatan(Isnin-ahad)5ptg-11.00mlm

Jenis Perkidmatan:Bekam Darah/Bekam Sunnah.Bekam dibahagian kepala RM10 setiap 1cup, Dibahagian tengkuk hingga kaki RM5.OO setiap 1cup.
Bekam Angin RM25 (10cup) dan Bekam Muka Berjerawat/Resdung RM20 (4cup)
Harga Cup Bergantung Ditempat Yang Dibekam.


76 PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH KAEDAH BEKAM
1) Kegemukan
2) Penyakit kaki gajah
3) Sakit pinggang
4) Sakit perut
5) Sembelit
6) Gangguan jantung
7) Radang perut
8) Alergi makanan
9) Sengal tulang
10) Sesak nafas
11) Asma
12) Insomnia
13) Cirit birit
14) Kejang otot
15) Kencing manis
16) Gangguan pundi
17) Menggigil
18) Kencing malam
19) Tonsil
20) Gatal-gatal
21) Radang usus besar
22) Stress
23) Gangguan pundi hempedu
24) Pusingan haid tidak teratur
25) Masalah Ginjal
26) Tekanan darah tinggi
27) Sakit lutut dan sendi
28) Sakit kaki
29) Sakit tulang belakang
30) Gangguan jiwa
31) Stroke
32) Gout
33) Rematoid
34) Bisul
35) Kurang imun
36) Sinus
37) Sakit kawasan perut
38) Gangguan rusuk
39) Buasir
40) Mandul
41) Kuat tidur
42) Membaiki peredaran darah
43) Pembuluh darah sempit/sumbat
44) Sakit punggung
45) Badan kurus
46) Membuang tabiat merokok
47) Sakit bahu/tengkuk
48) Pekak
49) Jangkitan kuman
50) Kurang daya ingatan
51) Kurang fokus
52) Sakit punggung
53) Gangguan pundi
54) Kaki semut-semut
55) Salah urat
56) Lumpuh menyeluruh
57) Lemah syahwat dan masalah prostat
58) Pening kerana gangguan haid
59) Sakit paha dan tapak kaki
60) Sejuk tapak kaki
61) Tegang/gelisah
62) Tumor otak
63) Lutut yang kaku
64) Gangguan pankreas
65) Kejang-kejang
66) Bisu
67) Penyakit mata
68) Berhenti haid
69) Bengkak testis
70) Tekanan darah rendah
71) Penyakit rahim
72) Keputihan
73) Masalah kesuburan
74) Batuk kronik dan penyakit paru-paru
75) Sihir
76) Saka
bekam adalah pengeluaran darah dari permukaan kulit untuk tujuan pengubatan dan mengekalkan kesihatan. Bekam juga disebut satu proses terapi untuk membuang darah kotor atau darah toksik yang terdapat pada badan seseorang.

DIAGNOSIS BEKAM-Mendengar suara pesakit.
-Suara keras dan kuat :Keadaan panas.
-Suara lemah dan pecah :Keadaan sejuk,kurang kekuatan dan imun tubuh.
-Serak dan kehilangan suara :Faktor panas dan sejuk dari luar.
-Batuk dalam dan lendir jernih :Angin sejuk menyerang paru-paru.
-Batuk mendadak dan lendir pekat :Panas dalaman di paru-paru.
-Batuk berkahak :Penghasilan lendir berlebihan.
KHASIAT BEKAM DI MUKA
1) Menghilangkan jerawat.
2) Menyembuhkan penyakit resdung.
3) Awet muda.
4) Mengurangkan sakit kepala.
5) Muka terasa ringan.
1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan ?
Tidak,ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM.Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda.Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian kencing manis.
2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?
Ya selamat,ini kerana saya menggunakan lancet (jarum) pakai buang,iaitu setiap pelanggan akan diperuntukkan sebilah lancet/jarum baru.
3) Apakah waktu yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah ?
Waktu mustajab ialah sebelah pagi dimana kita belum mengambil apa-apa makanan dan tariknya ialah tanggal 13,15,17,19 dan 21hb kalendar islam.
4) Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah ?
Individu yang dilarang ialah wanita mengandung,wanita haid,wanita yang kerap gugur,individu yang terlalu lemah,orang tua uzur,pengidap kanser darah,pengidap tekanan darah rendah serius,pengidap penyakit kulit serius dan juga wanita hamil 3 bulan pertama.
5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum ?
Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.
6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?
Kaedah bekam darah...
7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah ?
Bagi orang sihat,anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sesi.
8) Apakah pantang larang selepas berbekam ?
Anda dianjurkan tidak boleh makan,mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam.Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur.
9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
Dianjurkan berpuasa sehari sebelum temujanji bekam.
WAKTU DAN TARIKH YANG DIGALAKKAN BERBEKAM DARAH
1) 13,15,17,19 atau 21hb kalendar islam pada setiap bulan kerana pada masa itu darah kotor berkumpul maksimum dalam badan.
2) Berbekam sebulan sekali kerana para sahabat nabi melakukan sedemikian.
Dalil-dalil tuntutan berbekam
1) Sabda Rasulullah SAW "jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya" HR Malik
2) Telah bersabda Rasulullah SAW “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam” Riwayat Ibnu Majah
3) Sabda Nabi SAW lagi "kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay” Hadith Sahih Al Bukhari
Kebiasaannya pesakit dianjurkan mengambil makanan tambahan seperti madu, habatussauda, minuman herba, makan makanan berprotein tinggi untuk pertambahan darah baru, banyak minum air serta dilarang melakukan kerja berat bagi mempercepatkan penyembuhan dan keberkesanannya.
Pengamal bekam turut memantapkan diri dengan ayat-ayat seperti; ayat Kursi, doa dan selawat syifa’, sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW, membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas. Ini semuanya perlu kerana bekam bukan sahaja menyembuhkan racun/toksik di dalam badan tetapi juga sihir.
Hubungi Sdr Nasarudin ditalian 017-7170534 atau sms.

Tanda Tanda Terkena Sihir/ Gangguan jin




















Petanda Petandanya Adalah :-
1) sukar hendak tidur di waktu malam dan sering terjaga di waktu tidur.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) rasa berdebar debar apabila waktu senja
4) Badan terasa bisa-bisa/gatal.
5) Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa.
10) Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki,tangan selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Kemesraan suami isteri makin jauh berkurangan dan kerap bertengkar.
18) Tanda-tanda lebam di peha kaki apabila bangun pagi.
19) Semakin berkurangan mengerjakan solat/Malas beribadat.
20) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Melihat jin secara terus.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid tidak teratur.
31) Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.
38) Sakit kepala,mata berpinar, sakit macam-macam tetapi apabila pergi jumpa doktor, doktor kata takde apa2, normal.
39) Tetiba bau busuk dalam rumah kemudian hilang, begitu juga bau wangi tetiba datang dan kemudian hilang begitu sahaja.
APA ITU SIHIR?
· MAKSUD
- ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia

· CONTOH
- menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna
- mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan
- pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus

· PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR
- perasaan dendam seseorang terhadap orang lain
- iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang
- ada perasaan benci terhadap seseorang
APA ITU SAKA?
Ringkasnya ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak, biasanya melibatkan keturunan.
Sebenarnya, apa saja jin/ jin-jin yang diwarisi adalah saka tidak kira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan/ perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya.
Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang turun daripada orang tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dsb

Jika anda mengalami lebih dari 3 simptom seperti yang saya senaraikan diatas,maka anda sedang terkena gangguan jin..Segeralah berjumpa PERAWAT ISLAM untuk sesi Terapi Ruqyah..

Amalan Sebelum Tidur

Untuk Mengelakkan dari sebarang kemudaratan, gangguan makhlus halus atau sebarang mimpi buruk.CARA PALING RINGAN.agar tidur kita menjadi satu ibadah.

1.Ambillah wuduk
2.Membaca al-fatihah
3.Ayatul Qursi
4Ayat Muawwizat (3 KUL)
AL-IKHLAS
AL-FALAK
AN-NAS
dan Bacalah doa tidur.

Caranya adalah membaca kesemua ayat di atas lalu ditiupkan pada telapak tangan kemudian sapulah dari atas kepala , muka sehingga dihujung jari kaki.
Amalkan dalam seharian hidup kita, Mudah mudahan dilindungi oleh ALLAH S.W.T dari berlaku perkara yang tidak baik.Amin...Amin..Amin.. YA RABBAL A'LAMIN

Sebelum Tidur Membaca Doa :
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
bismikallahumma ahya wa amutu
Artinya :Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

Sesudah Bangun Tidur Membaca Doa :
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur
Artinya :Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit
Berdasarkan hadist nabi.

PRODUK RAIKAS &WANGIAN KASTURI SYIFA'

Air Penawar Asy'Syifa




KASTURI PUTIH
KASTURI KUNING
KASTURI SUSU

KASTURI HITAM RUKYAH





Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.
Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras. Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian beralkohol.
"Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama.



Nabi SAW bersabda “Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah : misk/kasturi.” (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abu Said al Khudriy).






DIANTARA JENIS JENIS MINYAK WANGI:



-1.5Ltr Air Penawar Asy'Syifa RM5.00
-3ml KASTURI HITAM RM15.00
-3ml KASTURI KUNING RM15.00

-3ml KASTURI SUSU RM15.00

-3ml KASTURI PUTIH RM15.00

ANTARA INFO UNTUK ANDA :



KHASIAT KASTURI HITAM
Telah di rukyah dengan menggunakan ayat2 Al-quran pilihan,himpunan selawat pilihan, asmaul husna.khusus untuk:
khasiat dengan izin ALLAH S.W.T
-Penahan saka dan gangguan makhluk halus/jin
-penahan sihir
-menajamkan minda
-merawat selesema
-sesuai bagi yang lemah semangat

KHASIAT KASTURI KUNING/PUTIH & SUSU
- hasil dari KELENJAR KIJANG JANTAN dan Agen Penyebar haruman
- mengelakkan gigitan nyamuk jika disapu pada anggota badan

- dapat menjadi penawar sakit sendi-sendi badan & pening kepala(disapu sedikit)



- menenangkan jiwa, menajamkan minda & mengurang rasa debaran jantung



- menjadi penawar ANGIN AKHMAR, gangguan MAKHLUK HALUS atau JIN kerana JIN tidak
suka akan bauan WANGIAN KASTURI/GAHARU/ZAFARAN. dan lain lain khasiat dan anda boleh merasainya sendiri atas izin ALLAH S.W.T.



-Meredhakan Allah SWT, disukai para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.



-AMAT SESUAI UNTUK SEMUA LAPISAN(kanak-kanak, bayi, wanita & lelaki)



AIR PENAWAR ASY' SYIFA



Menggunakan air mineral yang dicampur dengan air zam-zam dan telah dirukyah dengan surah al-fatihah, al-baqarah, as-sajadah, yasin, al-mulk dan lain2 surah terpilih serta doa-doa pilihan & himpunan selawat khusus untuk pelindung diri, menahan dari sihir,gangguan makhluk halus, pelembut hati,penerang hati, kesihatan anggota dalaman serta lain-lain khasiat.
(Datang sendiri kerumah saya)Isi kandungan 1.5liter



SETIAL Botol Minyak wangi/Attar Berisi 3ml.
UNTUK PENGHANTARAN MELALUI POS SEKURANG-KURANGNYA PEMBELIAN MESTILAH 3 BOTOL KE ATAS. Kos Penghantaran Dikenakan caj sebanyak (RM5 bagi Semenanjung, RM10 Bagi Sabah & Sarawak), Bagi Singapura & Brunei Caj dikenakan Dollar Sing 10, Dollar Brunei 10) penghantaran dibuat dalam masa 3 hari bekerja dengan menggunakan POS LAJU.
Sekiranya anda berminat, Hubungi saya ditalian/sms: 017-7170534 atau email saya:- nassa1980@gmail.com




Sebarang bentuk bayaran bolehlah dibuat dengan:-Cash Deposit/ATM transfer/Bank transfer Ke dalam akaun saya CIMB 06110069539528 dan beritahu masa, tarikh, cawangan.

Sekiaan sampai di sini saja, yang baik & buruk datang dari ALLAH S.WT, sesungguhnya saya ini hanyalah insan biasa yang lemah tanpa keizinanyaNYA.

AYAT PENGGERAK


Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut :

QASTURI HERBS SABUN TERAPI BIDARA

QASTURI HERBS SABUN TERAPI BIDARA

SABUN TERAPI BIDARA

[QASTURI HERBS Sabun Terapi Bidara]

HargaRM17.00 sebuku Semenanjung/ RM19.00 Sabah/Serawak [Min:2 buku]

Harga Borong/Pengedar
a) Pembelian min20-49 buku (RM 14.00 setiap satu)

b) Pembelian 50buku keatas RM12.00 setiap satu)

Sesuai Pada semua Golongan [Lelaki atau Wanita/Kanak/dewasa/pelbagai kaum]

Bahan campuran:-
Adunan dari extra minyak zaitun, habbatussauda,minyak Aroma Pati Bunga -bungaan terpilih serta bahan utama minyak daun Bidara, diperkuatkan dengan doa2 pilihan sebagai penawar kesembuhan.

Khasiatnya:-

a) Iktiar bagi masalah gangguan sihir/ saka/ histeria/sawan tangis/kemurungan

b) merapatkan keharmonian rumahtangga

c) membantu mengurangkan stress dan keletihan

d) memberikan kesegaran dan keyakinan diri

e) menaikkan seri wajah yang kusam dan lesu

f) menyingkirkan aura negatif dan membuka aura positif

g) membersihkan dan melembutkan kulit

h) ikhtiar bagi masalah kulit sensitif

i) haruman yang menenangkan minda.

Cara guna:-

-buat mandian seperti biasa samaada nak guna syampo atau sabun lain jenis pun boleh kemudian bilas dengan air bersih, kemudian buihkan sabun Aromaterphy dan gosokkan pada seluruh anggota badan terutama pada bahagian wajah (dilebihkan), biarkan selama 2-5minit agar resapan aura/wangian sabun meresap kedalam minda.kemudian bilas dengan air bersih (seeloknya mandi diwaktu pagi sebelum subuh dan selepas asar sebelum jam 11malam)

Sabun ini sebagai satu ikhtiar kepada ALLAH yang pentingnya amalan kita, hendaklah selalu kita berdoa memohon pada ALLAH.

-Jika terasa simptom simptom seperti lesu, mengantuk, muntah, pening, buang air besar, lenguh lenguh badan atau sendi, rasa mengah, jantung berdebar, nafas tersekat sekat, Teruskan juga amalan mandian ini, kerana Sabun ini telah dibacakan dengan ayat2 quran merangkumi pembersihan rohani/dalaman anda.Bertujuan membuang aura negatif yang melibatkan gangguan makhluk halus dimana ia bertindak secara tidak lansung dalam menolak keluar aura negatif dan membangkitkan aura positif.

Produk ini telah ditestimoni..jika anda belum tahu khasiatnya anda beli dan cuba.Insyaallah..Sesungguhnya ALLAH itu maha berkuasa keatas setiap makhluknya.

Untuk tempahan atau menjadi pengedar sila hubungi muallij nasa 017-7170 534.

Garam Bukit Aromaterapi

Garam Bukit Aromaterapi
Garam Bukit Aromaterapi (Mandian dan Rendaman Kaki)100%tulin
Campuran garam bukit asli dan wangian terapi herba tumbuh-tumbuhan]
[harga istemewa RM20.00 bagi semenajung] [RM22.00 bagi sabah & sarawak] [ tidak termasuk pos laju]
Telah diproses dan ditenagakan dengan kaedah doa, solat hajat, selawat syifa, rukyah syar'iyyah dan bacaan ayat2 suci (syifa')

Cara penggunaan untuk mandian:-
Untuk mandian badan masukkan 1- 2 genggam garam kedalam tab mandian dengan air secukupnya agar garam dapat dilarutkan secukupnya. Biarkan selama 10-15minit. Setelah garam larut, isikan air panas mengikut suhu badan dan kacau sehingga garam tersebut menjadi larut.

Mandian- Mandi dengan air bancuhan garam bukit, biarkan air meresap ketubuh badan selama beberapa minit kemudian bilas dengan air biasa.

Khasiat- Mengembalikan tenaga yang hilang, melindungi kulit dari kering, penyeri diri, penyegar diri, mengembalikan semangat dan menghilangkan keletihan dan melancarkan peredaran darah, merawat masalah gangguan makhluk jin dan syaitan, membantu memulihkan kemurungan, tekanan dll.

Cara penggunaan untuk rendaman kaki:-
Sediakan baldi atau besen yang boleh dimasukkan kedua belah kaki, masukkan 1 genggam garam kristal dan masukkan sedikit air biasa & campurkan air panas sekadar yang anda boleh tahan kira kira paras buku lali=-kacau mengikut lawan jam sehingga sebati.

Rendaman-Rendam kaki selama 20-30minit kemudian bilas dengan air biasa. Seeloknya dibuat pada waktu rehat atau sebelum tidur.

Khasiat-melancarkan peredaran darah, membantu membuang toksin dari badan & dapat mengelakkan virus, melegakan kesakitan otot, sakit-sakit sendi, sengal-sengal & kekejangan otot kaki, mengurangkan kesakitan & keletihan kaki setelah seharian bediri & berjalan, membantu merawat tumit kaki yang pecah/merekah dan lain lain khasiat(dengan izinnya)

Ia amat berkesan dalam merawat para wanita yang mengalami masalah haid tidak teratur/senggugut/haid tidak berhenti samaada akibat dari gangguan jin/sihir/saka atau penyakit fizikal.

Kebaikan Garam Bukit - Mempunyai 84 jenis mineral yang tidak terdapat dalam garam biasa -Mengimbangkan tekanan darah -Meningkatkan kekuatan badan dan oksigen di dalam tubuh -Menguatkan struktur tulang -Kardiovaskular -Angin ahmar, Migraine -Kencing manis, Darah tinggi, Gout dan Batu karang -Kecantikan dan kesihatan kulit dan dalaman -Meleraikan gumpalan sel sel darah merah -Menganjalkan saluran darah -Melarutkan sebarang pengumpulan kalsium dalam darah -Membekal zat mineral berbentuk ionik yang seimbang -Melaraskan kelancaran sistem saraf -Membantu pembaharuan sel sel -Membantu pergerakan otot otot usus -Membantu penyerapan vitamin dengan lebih sempurna -Membantu dalam penyembuhan kulit Dan Lain lain Khasiat dengan IZINNYA..Jika digunakan secara berterusan.

Untuk rawatan melibatkan gangguan makhluk halus/sihir/saka buat rendaman/mandian amalkan sekerap yang mungkin secara berturut turut dan lakukan ulangan dengan kekerapan untuk proses penyembuhan.

Bagi anda yang mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, gout, penyakit jantung, sakit otot, mengatasi masalah kaki berbau, sakit tumit, sakit sendi dan sebagainya.Sila buat rendaman kaki selama 30minit selama 7 malam berturut turut dan lakukan kekerapan amalan mandian/rendaman untuk proses penyembuhan.

Rawatan bagi anak anak/orang dewasa yang Demam panas.
A) Sediakan 1 beg kecil ais batu.
B) Ambil 2 -3 genggam garam dan masukkan dalam baldi, kemudian ambil 1 jug/kole besar air panas, tuangkan kedalam baldi dan kacau sehingga sebati.
C) Kemudian tadahkan air paip sehingga paras separuh baldi dan masukkan ais batu dan kacau lawan jam agar ais cair.
D) Mandi biasa terdahulu kemudian gunakan Bahan campuran diatas sebagai Bilasan.
Tempahan:- 017-7170534

PRODUK PIK-PROMOSI KASTURI KIJANG DAN ZAFFARAN

PRODUK PIK-PROMOSI KASTURI KIJANG DAN ZAFFARAN

HARUMAN KASTURI AS'SYIFA 1437H

Terdapat 5 jenis haruman kasturi as'syifa PIK

Pilihan A:- (Sesuai untuk Kaum Adam & Gangguan)
1) Kasturi Kijang Asli As'syifa =rm15.00 Sem/ RM16.00 SS [ 1 botol]
2) Zaffaran As'syifa=rm15.00 Sem/ RM16.00 SS [ 1 botol]

Pembelian mana mana di atas Pilihan A
* min 3-5 botol harga tetap sama seperti di atas.
* 6-29botol harga rm13.00 Sem/ RM14 SS [1Botol].
* Lebih dari 30 Botol RM9.00 [1 Botol].

Pilihan B:-(Sesuai Untuk Kaum Hawa dan Gangguan)
3) Kasturi Putih As'syifa =RM 15.00 Sem/rm16.00 SS [ 1botol]
4) Kasturi Susu As'syifa =RM15.00/ RM16.00 SS [1 botol]

Pilihan C:- ( sesuai pada yang ada gangguan Berat)
5) Kasturi Hitam As'syifa =RM15.00 Sem/ RM16.00 SS [1 botol]

Pembelian mana mana di atas Pilihan B & C
* min3-95botol harga tetap sama seperti diatas.
* 6-29botol harga RM13.00 Sem/ RM14 SS [ 1 botol].
* Lebih dari 30 Botol RM9.00 [ 1 botol].

Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah sewangi wangi dan sebaik baik haruman sebagaimana sabda nabi SAW:- "Sebaik baik wangian adalh minyak kasturi"(hadis riwayat muslim)

Kasturi As'syifa PIK adalah wangian kasturi terdiri dari zaffaran, kijang asli, putih asli, susu, hitam yang telah didoakan dengan surah alquran, ayat ayat rukyah syariyyah, ayat ayat syifa, asmaul husna, hizib hizib,doa syifa, ayat ayat bismillah, selawat pilihan serta telah solat hajat untuk memperkuatkan lagi khasiat dengan tujuan perlindungan pada diri & keluarga, hajat, penyembuhan dalam perubatan islam

Khasiat Kasturi As'syifa PIK
-Memberi kekuatan pada roh
-Menenangkan jiwa
-Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
-Menghentikan bayi menangis akibat gangguan
-Menghilangkan debaran jantung
-Menghilangkan sesak nafas/melegakan asma (Lelah)
-Menyedarkan orang pengsan
-Menguatkan organ luaran & dalaman tubuh
-Menghilangkan sejuk tubuh
-Memelihara kesihatan secara keseluruhan
-Meredhakan ALLAH swt, disukai para Malaikat dan orang soleh, dapat menghindari dari Jin/Sihir/Pukau/Histeria/Santau dsb.

Harga diatas tidak termasuk Pos laju, Nilai Pos mengikut berat dan kawasan semenanjung/ SS.

Hubungi Al-Muallij Nasa 017-7170534 untuk sebarang pertanyaan/Tempahan.