KELEBIHAN BERBEKAM SUNNAH..
Antara amalan sunat lain pada bulan Rejab ialah berbekam. Nabi Muhammad S.A.W berbekam pada bulan Rejab. Tentu ada sebab tertentu Nabi hanya berbekam pada bulan Rejab. Saya pun tahu mengapa. InsyaAllah saya akan cuba mencari dan mengkaji melalui pembacaan dan mungkin bertanya kepada yang lebih tahu sebab kenapa Nabi berbuat demikian. Apakah kelebihan bulan Rejab ini.
Cuba berpegang kepada Al-Quran dan Al-Hadis. Kerana barangsiapa yang berpegang dengan Al-Quran dan Al-Hadis maka dia tidak akan sesat selama-lamanya. Itu khutbah terakhir Nabi.
Berbekam adalah Sunnah Nabi. Jika sesuatu yang dilakukan oleh Nabi sudah pasti mempunyai kebaikannya. Banyak sekali kebaikannya. Antara faedah berbekam yang saya dapat ialah :
1. Membuang keracunan toksid dalam badan yang menyebabkan mudah mendapat penyakit
2. Melegakan stress, tubuh lebih selesa dan ringan
3. Memulihkan saraf dalam tubuh manusia
4. Memulihkan sistem badan berfungsi dengan baik
5. Melancarkan pengaliran oksigen ke seluruh tubuh bagi membolehkan badan kembali sihat
6. Menambah dan menguatkan daya tahan badan supaya dapat mencegah penyakit
7. Merawat pelbagai penyakit.
MADU EMAS AR RUKYAH [Produk Sunnah Nabi]
10 years ago