Arahan Nabi Tentang Waktu Berbekam
Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dalam Jami’-nya daripada hadith Ibnu Abbas secara marfu’:
ان خير ما تحتجمون فيه يوم سابع عشرة أو تاسع عشرة ويوم احدى وعشرون
Ertinya :“Sesungguhnya waktu terbaik untuk melakukan bekam adalah pada tarikh 17,19 dan 21 setiap bulannya.”
Terdapat riwayat serupa dengan hadith di atas, iaitu hadith yang diriwayatkan daripada Anas r.a. yang bermaksud :”Rasulullah biasa melakukan pembekaman pada pelipis dan najunya. Baginda biasa melakukannya pada tarikh 17,19 atau 21.”
Dalam Sunan Ibnu Majah daripada Anas r.a. diriwayatkan secara marfu’ bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
من أراد الحجمة فاليتحر سبعة عشر أو تسعة عشر أو احدى وعشرين ولا يتبيغ بأحدكم الدم فيقتله
Ertinya : “Barangsiapa ingin berbekam, hendaklah mencari tarikh 17, 19 dan 21. Jangan sampai mengalami ketidakstabilan darah, kerana hal itu boleh mematikan.”
Di dalam Sunan Abu Daud, dari hadith Abu Hurairah r.a. disebutkan secara marfu’, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
من احتجم لسبع عشرة أو تسع عشرة أو احدى وعشرين كانت شفاء من كل داء
Ertinya :”Barangsiapa melakukan bekam pada tarikh 17,19 atau 21, maka akan sembuh dari setiap penyakit.”
Yakni setiap penyakit yang disebabkan oleh kelebihan darah.
Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari
Hubungi Muallij Nasa 017-7170534 (sms/tel)/ Pn ida 012-2354825 untuk temujanji.
No comments:
Post a Comment