Kisah ini saya ceritakan adalah sebagai pengajaran iktibar kepada kita yang sentiasa alpa dan lupa bahawa kita diciptakan ALLAH adalah mengabdikan diri kita kepada ALLAH Azzawajalla dimana kita juga berkongsi alam bukan sahaja dengan makhluk seperti haiwan, tumbuhan tetapi makhluk yang di cipta untuk tujuan sama yakni JIN.
Feb 2013- Seorang pesakit dari C.H/ Perempuan (Pahang)- Jenis Penyakit- BUSUNG.
Bhan rawatan:- Berasaskan ayat quran, doa dan tenaga zikrullah, bahan sunnah cuka kurma/air penawar+ garam bukit dan sabun Aromaterapi Nursyifa..
Kesimpulan:- Rawatan ulangan sebanyak 3x, seminggu sekali dan pesakit telah sembuh sewatu rawatan ke 2 dan rawatan ke 3 adalah untuk mengimbas samaada masih terdapat bisa2 makhluk jin.
Busung yang terkena pada pesakit ini bukan perbuatan manusia tetapi akibat dari kelalaian diri sendiri yang lupa dan alpa.
Pesakit ini telah pergi ke kawasan peranginan dan waktu senja beliau telah pergi ketandas tanpa baca doa, tak tutup kepala dan keluar tandas pun tak baca doa. YE LAH.. tengah suka ria jalan2 sampai lupa kat kawasan begitulah banyak mahluk. Pesakit ini telah di tiup angin bisa waktu beliau melepaskan hajat dalam tandas.
Sewaktu balik selang sehari beliau merasa sakit perut tapi ditahan dan masuk beberapa hari pergi klinik, doktor kata tak de apa-apa, selepas 1 minggu dan setelah ke hospital juga doktor kata takde penyakit cuma bahagaian dalam menurut doktor ada penyakit biasa, Sehinggakan doktor pun pelik sampai perut membuncit begitu besar, Akibat dah tak tahan ahli keluarga beliau yang mengenali ana menelefon untuk buat temujanji rawatan.
Nasihat ana sekiranya kita pergi mana2 tempat, masjlis keramaian ker, berkelah ker, pergi melancong ker..Doalah pada ALLAH dijauhkan dari sebarang musibah atau kecelakaan. minta perlindungan pada ALLAH. Terutama masuk tandas, bacalah doa masuk dan keluar tandas, mulakan dengan langkah kaki kiri.
Mudah mudahan perkongsian ini serba sedikit memberi kebaikan pada kita.Wallahualam.
Sesiapa yang ada masalah Busung/ Sihir/ Gangguan Jin/ Masalah Keluarga/ Rumahtangga atau yang berhajat nak bekam sunnah alhijamah/ rawatan ghurah [resdung] Boleh hubungi saya muallij nasa 017-7170 534. [secara temujanji].
No comments:
Post a Comment