:::: Ahlan Bikum ::: Selamat Datang ::: Ke Blog Rawatan Alternatif Islam Kasturi[PIK Mengucapkan Terima Kasih atas kesudian menziarahi blog PIK Dan Selamat Beramal] PIK Menyediakan Perkhidmatan Rawatan Gangguan jin(sihir/saka/histeria/santau/rasuk dsb) Rawatan Ghurah Cuci suara dan Rawatan Resdung,Terapi Bekam Sunnah & Bekam Thibbun Nabawi serta Urutan Melancarkan Darah Untuk Lelaki, Terapi Bekam Sunnah & Thibbun Nabawi serta Urut Melancarkan darah untuk Wanita serta Menjual Produk-Produk dalam Rawatan Alternatif::::

Salam Awal Muharram & Maal Hijrah 1432H

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh
Salam ukhuwah buat semua pengunjung2 blog, rakan2 perawat, sahabat handai, saudara mara, pesakit2 yang mendapatkan rawatan dgn saya.
Semoga kita akan sentiasa dan didalam lindungan ALLAH s.w.t.
Pertamanya marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana masih lagi memelihara nikmat-nikmatNya yang cukup besar yakni nikmat Islam & Iman. Begitu juga dengan nikmat kesihatan & kesejahteraan yang telah dianugerahkan kepada kita semua. Tidak lupa juga salam selamat & sejahtera ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang telah berjuang jiwa & raga untuk memastikan Islam itu sampai kepada kita.

Rawatan Bekam Untuk Masalah Mata (Penglihatan) & Rawatan Bekam Muka Jerawat














Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya diantara rawatan yang telah saya buat.

Pesakit datang dari utara untuk kerumah keluarganya singgah sebentar kerumah saya untuk mendapatkan rawatan masalah muka berjerawat, sebelum ini pesakit telah membuat rawatan membuang lendir resdung dan alhamdulillah pesakit memberitahu masalah resdung telah sembuh, ini adalah rawatan susulan disebabkan penyakit resdung yang dibiarkan terlalu lama dan menyebabkan salah satu kesan pada kulit muka menjadi rosak dan berjerawat.Proses untuk melakukan bekam dibahagian pipi dibekam secara teliti agar tidak mendatang kesan yang ketara pada muka disebabkan kawasan tersebut adalah lembut.proses untuk rawatan bekam jerawat yang saya buat ini mengambil masa 30-40 minit sebanyak 4-6 cup sederhana dan kecil agar pembuangan maksimum darah kotor serta toksin & toksid dengan 2-3 kali sedutan.

perhatikan gambar diatas diambil proses bekam dibahagian tepi mata darah kotor yang terkumpul begitu banyak disebabkan pesakit mempunyai masalah penglihatan terutama waktu malam, proses bekam untuk mata dianjurkan 2 cup kiri dan kanan , dan dibahagian pipi disebabkan kesan dari resdung dan pemakanan.gambar ini di ambil sebagai sebagai berkongsi pengalaman di mana kaedah bekam adalah sunnah nabi dan satu penyembuhan.Saya memberi nasihat kepada pesakit untuk mendapatkan rawatan susulan dan amalkan minum madu asli serta dibekalkan dengan sabun herba untuk masalah kulit luaran.

Bagi sesiapa yang telah puas mendapatkan rawatan moden cubalah dimana pusat rawatan islam untuk berbekam atau hubungi saya.masalah penyakit gout yang berpanjangan, masalah sakit belakang, masalah mata, masalah kaki berkudis&bernanah busuk, darah tinggi, sakit anggota badan dan sebagainya, ikhtiarlah dengan berbekam sunnah dan berbekamlah dengan perawat yang berijazah dimana setelah menjalani bekam pesakit akan diterapi dengan ayat2 penyembuhan.SETIAP PENYAKIT PASTI ADA PENAWAR KECUALI TUA DAN MATI.

InsyaALLAH saya akan berkonsi lagi di lain masa diantara rawatan yang telah saya buat antaranya penyakit gout yang mana pesakit ini menderita bertahun lama sehingga terpaksa bertongkat dan akhirnya seminggu sebelum Hari Raya AidilFitri Dengan Izin ALLAH beliau berjumpa saya....(dikongsi akan datang) serta pesakit keturunan india menghadapi masalah penyakit kaki yang hampir busuk bernanah setelah puas berubat samada tradisional dan moden dengan izin ALLAH beliau berjumpa saya..(dikongsi akan datang)bukanlah untuk bermegah tetapi berkongsi sedikit ilmu dimana kaedah penyembuhan bekam adalah yang terbaik beriringan niat perawat dijalan ALLAH.

BEKAM UNTUK RAWATAN SIHIR/SAKA

Bagi mereka yang mengalami sihir/saka disyorkan anda berbekam seminggu sekali selama 3x sesi sebanyak 18 point untuk sekali bekam bagi mendapat kesembuhan yang maksimum.Jin/syaitan memang bergerak dalam darah manusia dan mendiami sendi-sendi tertentu,bila berbekam darah,makhluk-makhluk tersebut akan terus ditarik keluar bersama darah kotor,selalunya darah gangguan jin ini berbentuk bertali dan pesakit akan rasa panas memijar pada point yang telah dibekam serta badan akan rasa menggigil sedikit.
Ustaz Ahmad PJ

DOA PENYEMBUHAN SAKIT KEPALA

CARA MENGAMALKAN DOA:

Hendaklah membaca doa ini dengan keyakinan penuh bahwa Allah SWT akan menyembuhkan Anda. Doanya sebagai berikut:

BISMILLAHI KHOIRUL ASMAA’
BISMILLAHI ROBBUL ARDLI WASSAMAA’
BISMILLAHI LADZISMUHUU BAROKATUW WASYIFAA’
BISMILLAAHIL LADZII BIYADIHISY SYIFAA’
BISMILLAAHIL LADZII LAA YADLURRU MA’ ASMIHII SYAI-UN FIL ARDLI WALAA FIS SAMAA-I WAHUWAS SAMII’UL ALIIM

Ulangi doa ini sampai 3 kali. Insya Allah, sakit kepala apapun penyebabnya akan sembuh berkat kuasa penyembuhan dari NYA.

ATAU

Baca Surah Al Waqiah ayat 19.





Baca setiap 7x selepas solat.
Selawat dan ayat 19 tiup atas air dan minum.

Bekam adalah salah satu rawatan alternatif untuk penyembuhan sakit kepala, dimana darah kotor/toksin & toksid yang terkumpul di bwh lapisan kulit disedut keluar yang mana boleh menyebabkan pelbagai penyakit.Rawatan ulangan berkala boleh dilakukan untuk kesihatan yg berterusan disamping mendapat pahala dari ALLAH kerana mengikut cara Rasullah.

KELEBIHAN ZIKIR (MENGINGATI ALLAH)

Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim supaya berzikirillah seperti berikut:

“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.” Surah 76: Al Insan, Ayat 25 & 26

Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” Surah 7: Al A’raf, Ayat 205

“Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” Surah 3: Al Imran Ayat 191

“Sesungguhnya Aku lah Allah, tidak ada Tuhan selainKu, maka sembahlah Aku dan dirikanlah salat untuk mengingat Aku.” Surah 20 Ta Ha Ayat 14

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.” Surah 33: Al Ahzab Ayat 21

Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit.

PANDUAN MENGELAK DARI TERKENA SIHIR


Dibawah ini dinyatakan cara-cara atau amalan yang boleh dilakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam. Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda. Ia boleh menyerang anda.. ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

1. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar MadinahAmalkan memakan tamar (kurma) 'ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:"barang siapa yang memakan tujuh biji tamar'ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat Al Bukhari)

2. Berwuduk Sebelum tidur. Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasadikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada meraka. Sabda Rasulullah s.a.w : Ertinya:"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya"Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:"Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci"(Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)

3. Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap solat berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah saw telah bersabda: Ertinya:"Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan"Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya. (Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)

4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir.Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. SIfat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi yang ketandusan akabibat kesan tindak balas hasil perlakukan syaitan tersebut.

5. Membaca doa perlindungan apabila masuk didalam tandas.Tandas adalah tempat ktor dan merupakan rumah bagi syaitan, Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuku tandas. Baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya:"Dengan nama Allah. Ya ALlah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan"(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina.

6. Memagar isteri selepas selesai akad nikah, Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kenannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:"Ya Allah, aku memohon kepadaMU kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yeng telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya:(Riwayat Abu daud dan Menurut Al Albaaniy Sanadnya Baik)

FADHILAT DAN KHASIAT AL-FATIHAH


Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
"Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"
Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:
"Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan
"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."
Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.
a) Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah
b) Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
c) Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."
d) Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"
Sabda Nabi Muhammad s.a.w."
"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:
a) Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.

b) Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
c) Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
"Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."
d) Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.

e) Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:
"Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan".

KELEBIHAN AYAT KURSI

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

Daripada Pesan Guruku:
Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah swt maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan ,jin dan manusia seperti :
dikenakan sihir antaranya ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan(sakit santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan

terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol ,kecurian mahu kena pembuli jalanan.

dijauhkan dari fitnah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya. Semua perlindungan ini adalah datangnya dari Allah S.W.T atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah swt dan RasulNya Nabi Muhammad saw. Bagi kaum lelaki jangan lupa selepas selesai solat jumaat duduklah sebentar untuk melakukan amalan membaca 7 kali ayat Kursi ini dan 7 kali bagi setiap 3 Qul. Hikmah kelebihanNya banyak bagi mereka yang mengamalkan, insyaAllah

Ayat ayat rukyah.(untuk masalah gangguan sihir)

Ratib Al Haddad susunan Imam Abdullah Bin Alwi Al Haddad. Ayat-ayat Ruqyah (ayat-ayat untuk masalah gangguan sihir):
Baca Ta'wuz yakni baca : A'udzubillah hingga habis
Baca : A'uudzubikalimaatillaahit taammaati min syarri maa khalaq (3x)
Bismillaahilladzie laa yadhurru maa 'a'smihi shai’un fil ardhi wa laa fis-samaa'i wa huwas samii ‘ul ‘aliim. (3 x)Tiga ayat atas untuk orang yang mengubati pagar diri. Boleh juga bagi orang yang terkena sihir.
Basmallah biasa
Al Fatihah
Ayat 1-5 Al Baqarah
Ayat 102 Al Baqarah
Ayat 163-164 Al Baqarah
Ayat 225 Al Baqarah (Ayatul Kursiy)
Ayat 285-286 Al Baqarah
Ayat 18-19 Ali Imran
Ayat 54-56 Al 'Araaf
Ayat 117-122 Al 'Araaf
Ulang ayat 120 Al 'Araaf (30 x)
Ayat 81-82 Surah Yunus (7 x)
Baca: Innallaaha sayub-thiluh (70 x) (ini sebahagian ayat dari ayat 80 surah Yunus)
Ayat 69 surah Taahaa (7 x)
Ayat 115-118 surah Al Mukninuun
Ayat 1-10 surah Ash Shaaffaat
Ayat 29-32 surah Al Ahqaf
Baca: Yaa qaumanaa Ajiibuu daa'iyallaah (7 x) (ini sebahagian ayat dari ayat 31 surah Al Ahqaf)
Ayat 33-36 surah Ar Rahman
Ayat 21-24 surah Al Hasyr
Ayat 1-9 surah Jinn
AL Ikhlas
Al Falaq
An Naas
Ayat Ruqyah susunan Imam Hassan Al Banna.
Cubalah dengan ikhlas dan yakin dengan kekuasaan Allah

QASTURI HERBS SABUN TERAPI BIDARA

QASTURI HERBS SABUN TERAPI BIDARA

SABUN TERAPI BIDARA

[QASTURI HERBS Sabun Terapi Bidara]

HargaRM17.00 sebuku Semenanjung/ RM19.00 Sabah/Serawak [Min:2 buku]

Harga Borong/Pengedar
a) Pembelian min20-49 buku (RM 14.00 setiap satu)

b) Pembelian 50buku keatas RM12.00 setiap satu)

Sesuai Pada semua Golongan [Lelaki atau Wanita/Kanak/dewasa/pelbagai kaum]

Bahan campuran:-
Adunan dari extra minyak zaitun, habbatussauda,minyak Aroma Pati Bunga -bungaan terpilih serta bahan utama minyak daun Bidara, diperkuatkan dengan doa2 pilihan sebagai penawar kesembuhan.

Khasiatnya:-

a) Iktiar bagi masalah gangguan sihir/ saka/ histeria/sawan tangis/kemurungan

b) merapatkan keharmonian rumahtangga

c) membantu mengurangkan stress dan keletihan

d) memberikan kesegaran dan keyakinan diri

e) menaikkan seri wajah yang kusam dan lesu

f) menyingkirkan aura negatif dan membuka aura positif

g) membersihkan dan melembutkan kulit

h) ikhtiar bagi masalah kulit sensitif

i) haruman yang menenangkan minda.

Cara guna:-

-buat mandian seperti biasa samaada nak guna syampo atau sabun lain jenis pun boleh kemudian bilas dengan air bersih, kemudian buihkan sabun Aromaterphy dan gosokkan pada seluruh anggota badan terutama pada bahagian wajah (dilebihkan), biarkan selama 2-5minit agar resapan aura/wangian sabun meresap kedalam minda.kemudian bilas dengan air bersih (seeloknya mandi diwaktu pagi sebelum subuh dan selepas asar sebelum jam 11malam)

Sabun ini sebagai satu ikhtiar kepada ALLAH yang pentingnya amalan kita, hendaklah selalu kita berdoa memohon pada ALLAH.

-Jika terasa simptom simptom seperti lesu, mengantuk, muntah, pening, buang air besar, lenguh lenguh badan atau sendi, rasa mengah, jantung berdebar, nafas tersekat sekat, Teruskan juga amalan mandian ini, kerana Sabun ini telah dibacakan dengan ayat2 quran merangkumi pembersihan rohani/dalaman anda.Bertujuan membuang aura negatif yang melibatkan gangguan makhluk halus dimana ia bertindak secara tidak lansung dalam menolak keluar aura negatif dan membangkitkan aura positif.

Produk ini telah ditestimoni..jika anda belum tahu khasiatnya anda beli dan cuba.Insyaallah..Sesungguhnya ALLAH itu maha berkuasa keatas setiap makhluknya.

Untuk tempahan atau menjadi pengedar sila hubungi muallij nasa 017-7170 534.

Garam Bukit Aromaterapi

Garam Bukit Aromaterapi
Garam Bukit Aromaterapi (Mandian dan Rendaman Kaki)100%tulin
Campuran garam bukit asli dan wangian terapi herba tumbuh-tumbuhan]
[harga istemewa RM20.00 bagi semenajung] [RM22.00 bagi sabah & sarawak] [ tidak termasuk pos laju]
Telah diproses dan ditenagakan dengan kaedah doa, solat hajat, selawat syifa, rukyah syar'iyyah dan bacaan ayat2 suci (syifa')

Cara penggunaan untuk mandian:-
Untuk mandian badan masukkan 1- 2 genggam garam kedalam tab mandian dengan air secukupnya agar garam dapat dilarutkan secukupnya. Biarkan selama 10-15minit. Setelah garam larut, isikan air panas mengikut suhu badan dan kacau sehingga garam tersebut menjadi larut.

Mandian- Mandi dengan air bancuhan garam bukit, biarkan air meresap ketubuh badan selama beberapa minit kemudian bilas dengan air biasa.

Khasiat- Mengembalikan tenaga yang hilang, melindungi kulit dari kering, penyeri diri, penyegar diri, mengembalikan semangat dan menghilangkan keletihan dan melancarkan peredaran darah, merawat masalah gangguan makhluk jin dan syaitan, membantu memulihkan kemurungan, tekanan dll.

Cara penggunaan untuk rendaman kaki:-
Sediakan baldi atau besen yang boleh dimasukkan kedua belah kaki, masukkan 1 genggam garam kristal dan masukkan sedikit air biasa & campurkan air panas sekadar yang anda boleh tahan kira kira paras buku lali=-kacau mengikut lawan jam sehingga sebati.

Rendaman-Rendam kaki selama 20-30minit kemudian bilas dengan air biasa. Seeloknya dibuat pada waktu rehat atau sebelum tidur.

Khasiat-melancarkan peredaran darah, membantu membuang toksin dari badan & dapat mengelakkan virus, melegakan kesakitan otot, sakit-sakit sendi, sengal-sengal & kekejangan otot kaki, mengurangkan kesakitan & keletihan kaki setelah seharian bediri & berjalan, membantu merawat tumit kaki yang pecah/merekah dan lain lain khasiat(dengan izinnya)

Ia amat berkesan dalam merawat para wanita yang mengalami masalah haid tidak teratur/senggugut/haid tidak berhenti samaada akibat dari gangguan jin/sihir/saka atau penyakit fizikal.

Kebaikan Garam Bukit - Mempunyai 84 jenis mineral yang tidak terdapat dalam garam biasa -Mengimbangkan tekanan darah -Meningkatkan kekuatan badan dan oksigen di dalam tubuh -Menguatkan struktur tulang -Kardiovaskular -Angin ahmar, Migraine -Kencing manis, Darah tinggi, Gout dan Batu karang -Kecantikan dan kesihatan kulit dan dalaman -Meleraikan gumpalan sel sel darah merah -Menganjalkan saluran darah -Melarutkan sebarang pengumpulan kalsium dalam darah -Membekal zat mineral berbentuk ionik yang seimbang -Melaraskan kelancaran sistem saraf -Membantu pembaharuan sel sel -Membantu pergerakan otot otot usus -Membantu penyerapan vitamin dengan lebih sempurna -Membantu dalam penyembuhan kulit Dan Lain lain Khasiat dengan IZINNYA..Jika digunakan secara berterusan.

Untuk rawatan melibatkan gangguan makhluk halus/sihir/saka buat rendaman/mandian amalkan sekerap yang mungkin secara berturut turut dan lakukan ulangan dengan kekerapan untuk proses penyembuhan.

Bagi anda yang mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, gout, penyakit jantung, sakit otot, mengatasi masalah kaki berbau, sakit tumit, sakit sendi dan sebagainya.Sila buat rendaman kaki selama 30minit selama 7 malam berturut turut dan lakukan kekerapan amalan mandian/rendaman untuk proses penyembuhan.

Rawatan bagi anak anak/orang dewasa yang Demam panas.
A) Sediakan 1 beg kecil ais batu.
B) Ambil 2 -3 genggam garam dan masukkan dalam baldi, kemudian ambil 1 jug/kole besar air panas, tuangkan kedalam baldi dan kacau sehingga sebati.
C) Kemudian tadahkan air paip sehingga paras separuh baldi dan masukkan ais batu dan kacau lawan jam agar ais cair.
D) Mandi biasa terdahulu kemudian gunakan Bahan campuran diatas sebagai Bilasan.
Tempahan:- 017-7170534

PRODUK PIK-PROMOSI KASTURI KIJANG DAN ZAFFARAN

PRODUK PIK-PROMOSI KASTURI KIJANG DAN ZAFFARAN

HARUMAN KASTURI AS'SYIFA 1437H

Terdapat 5 jenis haruman kasturi as'syifa PIK

Pilihan A:- (Sesuai untuk Kaum Adam & Gangguan)
1) Kasturi Kijang Asli As'syifa =rm15.00 Sem/ RM16.00 SS [ 1 botol]
2) Zaffaran As'syifa=rm15.00 Sem/ RM16.00 SS [ 1 botol]

Pembelian mana mana di atas Pilihan A
* min 3-5 botol harga tetap sama seperti di atas.
* 6-29botol harga rm13.00 Sem/ RM14 SS [1Botol].
* Lebih dari 30 Botol RM9.00 [1 Botol].

Pilihan B:-(Sesuai Untuk Kaum Hawa dan Gangguan)
3) Kasturi Putih As'syifa =RM 15.00 Sem/rm16.00 SS [ 1botol]
4) Kasturi Susu As'syifa =RM15.00/ RM16.00 SS [1 botol]

Pilihan C:- ( sesuai pada yang ada gangguan Berat)
5) Kasturi Hitam As'syifa =RM15.00 Sem/ RM16.00 SS [1 botol]

Pembelian mana mana di atas Pilihan B & C
* min3-95botol harga tetap sama seperti diatas.
* 6-29botol harga RM13.00 Sem/ RM14 SS [ 1 botol].
* Lebih dari 30 Botol RM9.00 [ 1 botol].

Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah sewangi wangi dan sebaik baik haruman sebagaimana sabda nabi SAW:- "Sebaik baik wangian adalh minyak kasturi"(hadis riwayat muslim)

Kasturi As'syifa PIK adalah wangian kasturi terdiri dari zaffaran, kijang asli, putih asli, susu, hitam yang telah didoakan dengan surah alquran, ayat ayat rukyah syariyyah, ayat ayat syifa, asmaul husna, hizib hizib,doa syifa, ayat ayat bismillah, selawat pilihan serta telah solat hajat untuk memperkuatkan lagi khasiat dengan tujuan perlindungan pada diri & keluarga, hajat, penyembuhan dalam perubatan islam

Khasiat Kasturi As'syifa PIK
-Memberi kekuatan pada roh
-Menenangkan jiwa
-Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
-Menghentikan bayi menangis akibat gangguan
-Menghilangkan debaran jantung
-Menghilangkan sesak nafas/melegakan asma (Lelah)
-Menyedarkan orang pengsan
-Menguatkan organ luaran & dalaman tubuh
-Menghilangkan sejuk tubuh
-Memelihara kesihatan secara keseluruhan
-Meredhakan ALLAH swt, disukai para Malaikat dan orang soleh, dapat menghindari dari Jin/Sihir/Pukau/Histeria/Santau dsb.

Harga diatas tidak termasuk Pos laju, Nilai Pos mengikut berat dan kawasan semenanjung/ SS.

Hubungi Al-Muallij Nasa 017-7170534 untuk sebarang pertanyaan/Tempahan.